Pengguna FB

Tek Anys Idayu Zakaria

Pengguna FB ni kadang macam-macam gaya.
Ada yang ketagih like. Ada yang suka copy paste. Ambil status orang jadikan status sendiri. Ada yang tak heran pun dengan like, janji dia update status. Ada yang suka menulis dan berkongsi.

Ada yang suka share status orang lain. Ada yang suka share info bermanfaat, kadang aku suka tumpang baca.

Kadang ada juga yang buka FB tak tahu nak buat apa. Eh suka kau lah nak buat apa. FB kau kan. Jadi jangan sentap dan terasa dengan setiap yang orang lain tulis dan kongsi. Bukan tuju untuk kau. Mungkin untuk diri dia sendiri.

Janji kau guna FB untuk kebaikan. Tak suka, unfriend je. Tak suka jangan follow. Jangan meroyan tak tentu pasal. Tak suka jangan buka FB. Jangan pegang phone. Selesai masalah dengan FB. Tak gitu.

Comments

Popular Posts