Selamat Hari Guru

Tek : Anys Idayu Zakaria

Guru antara insan yang tak kenal jemu mencurah ilmu. Insan yang akan tersenyum gembira apabila melihat kejayaan anak didiknya. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, cukuplah hadiahkan kejayaan kita buat mereka.

.
SELAMAT HARI GURU untuk semua warga pendidik. Cikgu-cikgu di Tadika Pasti, Sek keb Ulu Tiram, Sek Men Ulu Tiram, Politeknik Port Dickson, Universiti Teknologi Malaysia. Sifu dan mentor online. Kalian yang pernah mencurah ilmu secara langsung atau tidak, yang mengajar erti kehidupan dan hakikat hidup.  Terima kasih ilmu yang telah diberikan. Terima kasih tunjuk ajar dan pengorbanan masa dan tenaga kalian.

.
Tiada ayat indah dan hadiah istimewa untuk dipersembahkan. Hanya doa dan Al Fatihah dalam setiap sujud. Walau di mana pun kalian berada, semoga Tuhan sentiasa membuka pintu rahmat, pintu kesihatan dan keberkatan dalam hidup kalian.

.
Aiz
Kerana kau guru, aku tidak pernah jemu untuk belajar.

Comments

Popular Posts