Tip Menyimpan Duit

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah syukur, ramai sudah gaji hari inikan. Tak sedar rupanya 35 hari tanpa gaji sepanjang bulan Januari lepas sehinggalah hari ini. 

Antara tip yang saya sedang praktikkan dalam urusan menyimpan wang :

1. Simpan duit hijau dan duit oren 

2. Simpan RM10 sehari. Sebulan sudah jadi RM300

3. Bersedekah setiap awal pagi. Biasanya saya hanya gunakan Maybank atau CIMB sahaja untuk membuat sumbangan.

4. Catat setiap hari duit yang dikeluarkan untuk perbelanjaan.

Cara ini sebenarnya tidak praktikal untuk semua. Bagi yang sedang giat berusaha menyimpan wang, mungkin boleh cuba praktikkan. Sebenarnya kita sedang melatih diri untuk lebih berjimat dan menyimpan wang setiap hari. Cubalah moga berjaya.


.
Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Comments

Popular Posts