Kepentingan Content Writing

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Pagi semalam saya bawa kakak, adik dan 2 orang rakan kakak bermain-main di Taman Angry bird, Kotaraya. Tempat percuma jadi memang berlama-lamalah kami di situ haha. Sedang mereka bermain, sambil memantau mereka sempat juga bersembang dengan seorang ibu di situ. 

Kami bersembang-sembang hingga menyentuh topik pekerjaan. Katanya sekarang beliau sudah tidak bekerja, dan hanya menjalankan bisnes insurans dan beberapa yang lain secara online. Apa lagi, kena dengan jiwa memang rancaklah berbual hehe. 

Menurut beliau walaupun insurans, tapi beliau lebih suka buat secara online sahaja kerana sekarang ni ramai yang lebih suka mencari info terlebih dahulu. Orang suka baca, gali maklumat dan bertemu setelah mereka pasti untuk membuat belian insurans tersebut.

Nah, nampak tak di situ pentingnya medium online untuk kita berkongsi dahulu sebelum mereka yakin untuk membuat belian. Saya memang mengakui hakikat ni kerana sedia maklum orang sekarang sangat sibuk untuk berurusan bertemu empat mata. Lebih suka pegang telefon atau gadget untuk dapatkan info dahulu. Itulah yang dinamakan content writing, atau dalam bahasa melayunya isi kandungan penulisan dan penceritaan kita. Jadi apa yang kita mahu jual dan promosi itu, pentinglah untuk kita menulis apa kandungan yang mahal, yang ada pada produk tersebut. Begitulah bahasa mudahnya.

Kenapa tidak kita gunakan medium online untuk menulis dan bercerita. Melalui penceritaan lebih mendekatkan kita dengan pembaca dan bakal pembeli. Kalau rasa tak pasti nak guna apa, saya cadangkan gunalah blog. Bila kita menulis di blog lebih ramai orang akan dapat membaca penceritaan tersebut.

Kalau rasa nak guna Media sosial FB juga tersangat boleh, yang penting kita tahu bagaimana untuk menarik minat mereka membaca cerita kitakan.  Saya juga dalam proses nak belajar menulis hingga dapat mempengaruhi pembaca hhehe. Tak sabar nak tunggu Bengkel penulisan Berpengaruh pada 11 Februari nanti. Ilmu yang akan digunakan dalam penulisan penceritaan di blog dan FB. Inilah peluang kita belajar untuk menulis supaya penulisan kita hidup, ada emosi, ada nilainya.




Nak mula langkah menulis juga, ayuh turut serta bengkel ini. 6 hari lagi. Pendaftaran hingga 8 Februari. Jumpa kami di sana bersama Tn Khairul Hakimin.
.
Anys Idayu Zakaria
Baru belajar menulis, ada ke yang sudi baca.

Comments

Popular Posts