Jana Pendapatan Dengan Kemahiran

Teks : Anys Idayu Zakaria

Jangan kata kepakaran dan kemahiran yang kita ada tidak boleh menjana pendapatan. Belum cuba belum tahu. Sebagai contoh, saya ada kemahiran menaip dengan pantas. Jadi saya kongsi di blog. Saya buat iklan ambil upah menaip. Ramai sangat rupanya mencari servis menaip surat ni. Selain itu kita perlu ada sikit ilmu tentang surat formal dan lain-lain jenis bentuk surat seperti resume. 

Contoh lagi, katakan awak suka memasak, kongsi dan tulis di blog dan FB. Macam mana pula proses menjana pendapatan? Awak suka berkongsi resipi dan masakan, secara tak langsung boleh buat review produk makanan dari mana-mana pembekal. Jadi dari situlah kita boleh kenakan upah servis.

Mudahkan jika buat dan fikir luar kotak pemikiran. Tengoklah macam mana Dato Vida yang merupakan Usahawan Kecantikan, jadi duta untuk produk susu creamer. Macam tak de kaitan, tapi di situlah kreatifnya mereka untuk menjana pendapatan.

Tapi kalau masih rasa tak mahir nak menulis, nak bina follower, suka saya cadangkan kalian belajar bagaimana membina pengaruh melalui penulisan. Bila dah ada ilmu ini dengan mudah kita boleh menulis kepakaran yang kita ada. Sekurangnya sudah satu tapak ke depan.

Dah dah, tak payah pening sangat. Ini untuk kalian yang serius nak belajar penulisan berpengaruh. Ayuh sertai Bengkel Rahsia Penulisan Berpengaruh bersama Tuan khairul Hakimin di Johor bahru pada 11 Februari ini.  Mahu daftar cepat-cepat WA 0177912993. 8 Februari ini hari terakhir pendaftaran ya. Yang berminat boleh cepat-cepat WA.




.
Anys Idayu zakaria (Aiz)
Jana pendapatan dengan menaip surat

Comments

Popular Posts