Bawa Anak Ke Masjid

Teks : Anys Idayu Zakaria 


''Bawalah anak-anak kecil ke masjid, biarlah mereka bermain-main di ruang belakang, tak ikut kita solat pun tak apa. Biarlah mereka hanya solat di awal dan dihujung, janji kita bawa mereka ke masjid. Biar mereka kenal Rumah Allah, supaya 20 tahun akan datang masjid tidak kosong. Jika kita tidak bawa mereka sejak kecil, nescaya nanti genarasi ini tidak akan kenal masjid, malah tidak akan ada rasa cinta dan seronok untuk ke masjid."
(Selingan Tazkirah Terawih Masjid Taman Bukit Tiram, 13 Jun 2016)

Alhamdulillah syukur, Ramadhan yang sangat bermakna tahun ni. Saya dapat menunaikan ibadah terawih di masjid. Rindunya nak terawih di masjid, rindu nak qiyamullail di masjid. Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk saya dan sahabat-sahabat melipat gandakan pahala.

Malam tadi selepas terawih 8 rakaat, ada selingan tazkirah daripada Ustaz Kamarudin. Sungguh betul sekali apa yang ustaz perkatakan. Saya sejak kecil, terutamanya Ramadhan memang Ma dan Abah akan bawa kami adik beradik ke masjid terawih beramai-ramai di Masjid Taman Bukit Tiram.  Jadi bila dah dewasa setiap kali Ramadhan perasaan rindu untuk berterawih di Rumah Allah sentiasa mengamit sanubari. 

Selepas berkahwin dengan anak kecil dengan urusan keluarga memang membataskan keadaan untuk berterawih di masjid, tapi masih boleh buat di rumah, cuma perasaan nak buat berjemaah tu memang sentiasa ada. 

Alhamdulillah tahun ni Allah bagi semula kesempatan itu selepas 10 tahun meninggalkannya. Impian saya untuk bawa kakak dan adik berterawih juga kesampaian.  Alhamdulillah kakak seronok ke masjid walaupun mula-mula tu agak malas juga la kan penat katanya. Tapi saya pujuk-pujuk, bagitau boleh pergi bersama rakan-rakan, dan solat agak jauh dari adik supaya adik tak kacau hehe berjaya juga. Adik juga tak lah lasak sangat di masjid, saya solat di kawasan luar, jadi ada ruang untuk adik bermain-main di situ. Tak mengganggu jemaah lain. 

Terima kasih Allah atas peluang ini. Terimaksih Allah atas Rahmat Mu. Semoga kakak dan adik menjadi anak solehah :)

Comments

Popular Posts