Duit Bisnes Adalah Duit "Perniagaan"

Saya sangat-sangat cadangkan suri yang terlibat dengan bisnes tidak kira secara online ataupun offline, ambil tahu tentang aliran kewangan bisnes kalian. Walau kalian tidak membuat kerja-kerja mengemaskini akaun tetapi kalian mesti ambil tahu aliran masuk dan keluar. Jika kita lepas tangan pada rakan kongsi ataupun orang lain, kebarangkalian untuk kalian ditipu amat cerah. Sudah ada dua tiga rakan yang berkongsi pengalaman kepada saya.

Bertindak sekarang sebelum terlambat. Bunyi macam remeh tetapi ia adalah langkah keselamatan.
Antara tips penting yang sering diingatkan oleh trainer:

Duit bisnes adalah duit "Perniagaan".
Duit personal adalah duit "SENDIRI"
+ Jangan sesekali dicampur-adukkan duit Bisnes dengan duit "Personal".
+ Jangan Gunakan duit Bisnes untuk kegunaan Personal
+Jangan gunakan duit Personal untuk kegunaan Bisnes.

Kadang-kadang bukan orang luar yang curi tetapi kita sendiri yang curi duit bisnes kita sendiri.
Kalau setiap hari ambil 5 sen, lama-lama untung entah ke mana, rugi memanjang. Tengok jualan memanjang beribu-ribu tetapi bila buat "balancing" akaun, rupa-rupanya tidak pernah untung. Nak salahkan siapa?

Nampak remeh tetapi setiap sen yang mengalir menentukan untung rugi sesebuah bisnes.



Alhamdulillah.
Pendaftaran kelas asas akaun sudah dibuka:

[Kelas asas akaun bulan November 2015]
Kelas Asas Akaun secara ONLINE - 3 tempat lagi.
Tarikh: 22/11/15 Ahad
Yuran : RM 150.00
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order




Kelas asas Akaun secara offline bulan Disember 2015

Grup Coaching akan diadakan di Bandar Tun Hussien Onn pada tarikh-tarikh di bawah. Boleh pilih
tarikh pilihan dan PM ke inbox untuk daftar.
 
1. 08/12/2015 (Selasa)
 
2. 16/12/2015 (Rabu)
 
3. 19/12/2015 (Sabtu)
 
Masa: 9.30pg - 2.00pm
 
Yuran : RM250.00
 
Sijil dan Refreshment Disediakan
 
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
 
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Comments

Popular Posts