Blog Penjagaan Wanita (Ibu Hamil dan Perancangan Keluarga)

Untuk kalian suri, ibu-ibu dapatkan pelbagai tip kesihatan ibu mengandung dan perancangan keluarga bersama Dr Fadzilah Abd Jalil
.
.
.
Ada banyak sebab kenapa haid tak datang,betul tak? Bagi yang berumur 45 tahun keatas, ini mungkin menandakan yang menopause ( putus haid) hampir tiba. Jadi, apa nak buat. Saya cadangkan buat ujian kehamilan . Mesti ada yang ketawakan. Takkan saya mengandung umur macam ni. Jangan begitu ye, selagi bersuami kemungkinan ini pasti ada. Kalau negatif , tunggu haid akan datang. OK ke atau masih tak muncul. Sementara itu buat pemeriksaan ultrasound dan pap smear. Jika haid tidak muncul selama lebih dari satu tahun , bolehlah berjumpa doktor untuk pengesahan menopause dengan melakukan ujian darah.

Bagi yang berkahwin dan masih muda tentu inilah masa yang dinanti nantikan. Mengandung ke? . Untuk makluman , ujian air kencing boleh memberikan keputusan positif walau pun hanya lewat sehari. Lakukan ujian dengan menggunakan urin yang di ambil pada waktu baru bangun tidur kerana kepekatan beta HCG adalah paling tinggi waktu itu. Jika negatif ulang lagi ujian selepas satu minggu. Tak perlu test setiap hari, kaya kedai farmasi jual kit pada kita.... Buat imbasan ultrasound seawal 6 minggu untuk pastikan kandungan sihat dan kedudukannya betul didalam rahim . Tarikh dijangka bersalin pun boleh disahkan pada waktu ini. Jangan buat terlalu awal atau terlalu lewat.

Baca lebih lanjut perkongsian beliau di sini http://fadzilahabduljalil.blogspot.my/
Blog : Penjagaan Kesihatan Wanita (Ibu Hamil dan Perancangan Keluarga)
Kelas blog bisnes penulisan ABDR

Comments

Popular Posts