Upah Menaip Surat Perjanjian Sewaan Rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria


Selamat siang rakan pembaca sekalian
Saya doakan kalian berada dalam keadaan baik-baik. 


Alhamdulillah, beberapa hari lepas saya banyak dapat tempahan untuk menaip. Sudah selesai semuanya semalam. Hasil berblog juga mereka jejak servis yang saya tawarkan :)


Tempahan yang terakhir daripada seorang lelaki Cina yang mahu saya taip surat perjanjian sewaan rumah. Pada mulanya saya memang tak pasti sama ada mahu terima atau tidak. Bila fikirkan orang tersebut mahu surat yang mudah, beliau hanya minta saya google untuk contoh dan saya hanya perlu taip bentuk perjanjian yang tidak rumit.


Alhamdulillah saya dapat selesaikan tempahan tersebut setengah hari, selepas saya draf dan ikut contoh yang ada. Tak sukar sebenarnya, tapi bagi mereka yang tidak berapa mahir menaip dan membuat bentuk surat formal seperti itu, agak susah juga jika tiada sumber rujukan.


Oleh kerana beliau juga tinggal di sekitar kawasan Johor Bahru, jadi surat tersebut saya hantar terus kepada beliau. Nampak seperti mahu cepat, sebab tarikh perjanjian bermula esok. Biasanya saya memang jarang mahu hantar kepada pelanggan kerana tidak mahu membazir masa saya diperjalanan.  Alhamdulillah, untuk kerja kali ini Allah permudahkan. 


Ok sampai sini dulu ya, tak mau coret panjang-panjang sudah zohor. Jom kita solat dulu.


Untuk kalian yang mahu dapatkan servis menaip, atau mahu upah taip sebarang dokumen boleh hubungi saya ya ;) Saya sedia membantu Inshaa Allah.







Comments

Post a Comment

Popular Posts