Sifu Dropship ABDR

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Hari ni nak kongsi ulasan daripada salah seorang guru ABDR yang telah berjalan meronda ke blog saya. Jom baca apa kata beliau. Hihi.

Terima kasih kak Monalita, sudi ulas dan komen tentang blog saya. Beliau salah seorang guru penulisan kreatif di ABDR. Beliau juga salah seorang penulis novel. Bagi sesiapa yang mahu belajar menulis cerpen atau novel, boleh belajar dengan beliau.

Sifu Dropship ABDR - Anys Idayu Zakaria

Teks : Monalita Mansor
Gambar : www.anysidayu.blogspot.com
sumber : http://monalitamansor.blogspot.com/2014/09/sifu-dropship-abdr-anys-idayu-zakaria.html

Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.

Kali ini, saya singgah pula ke blog salah seorang lagi guru di dalam pasukan Akademi Bekerja di Rumah. Anys Idayu Zakaria adalah di antara guru yang paling konsisten pencapaiannya di dalam akademi. Cecahan KPI-nya jarang menghampakan pengetua. Untuk menumpang sibuk dan bangga, saya nak menyampuk, "produk Poli memang begitu...nak-nak pula budak DSK." 

Jika anda singgah di blog ibu muda ini, (mudalah daripada penulis) anda boleh lihat pada menunya ada banyak pakej. Pakej Kelas Online, pakej Pilihan WAHM, pakej Memulakan Bisnes Online dan banyak lagi. Kenapa? blognya tidak menjual barang ke? Tak lah sebab tu blog itu adalah blog panduan memulakan bisnes dropship. 


Kalau anda memerlukan panduan dan belum jelas dengan apa yang dikatakan dropship, apa yang boleh dan apa yang tidak, anda bolehlah menziarah blog ini. Sekiranya mahukan lebih, haruslah anda berinisiatif pula untuk menghubungi pemilik blog sendiri.

Blog Cikgu Anys ni kemas, tersusun aje. Protegenya ramai sekali, jadi kalau anda ragu-ragu dengan kelas online di bawah kendaliannya, anda baca sahajalah testimoni para pelajarnya dan tafsirkanlah sendiri. Boleh dikatakan blog ini merupakan info sehenti untuk anda yang mengetahui riwayat dan kisah sebenar Akademi Bekerja Di Rumah.

Cakap banyak pun tak guna. anda ketik saja di sini, kalaulah apa yang saya tulis ini auta belaka.

Comments

Popular Posts