Perniagaan Pekerjaan Terbaik, Sunnah Rasulullah SAW

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, alhamdulillah. syukuri nikmat Allah setiap masa dan keadaan.
Bidang perniagaan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah pernah ditanya ''pekerjaan apakah yang terbaik?'' Baginda menjawab ''Seseorang yang menggunakan kemahiran tangannya dan setiap jual beli yang halal'' (Riwayat Ahmad). Para ulama juga menyebut perniagaan sebagai salah satu kaedah mencari rezeki yang paling mulia. Dengan syarat perniagaan tersebut mestilah bersih daripada penipuan, monopoli, riba dan perkara haram yang lain.

Jom kita mula berniaga hari ini. Sempena bulan Ramadhan penuh keberkatan, bulan untuk kita beribadah, dan bulan rezeki. Salah satu cara dengan hanya melakukan perniagaan internet, yang merupakan perkembangan terkini dalam inovasi dunia perniagaan.

Comments

Popular Posts