Ebook Bekerja & Berniaga


Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.

Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.

Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walaubagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.



eBook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri kini dibuka untuk tempahan/pre-order pada harga RM50 sahaja sehingga 20hb.Jun, 2014. Anda akan mendapat bonus ebook nukilan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad bertajuk 101 Home Based-Bisnes.
Selepas tempoh pre-order, harga akan kembali ke asal iaitu RM40.00 sahaja bagi sebuah ebook ini.

Kupasan menarik di dalam ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini bakal menyentuh tentang topik-topik berikut: 
                                                                                            
Pengenalan                                                                                       
Objektif                                                                                             
Bab 1: Tetapkan Matlamat                                                               
Bab 2: Berbisnes Sebelum Memulakan Bisnes                                
Bab 3: Mulakan Dengan Apa Yang Ada (Lean)                               
Bab 4: Cakap Serupa Bikin                                                              
Bab 5: Teras Bisnes                                                                           
Bab 6: Langkah Kecil Langkah Besar                                              
Bab 7: Bisnes Tanpa Modal                                                             
Bab 8: Pilihan Produk                                                                      
Bab 9: Pengurusan Masa                                                                 
Bab 10: Bersama-sama Untuk Bersama                                           
Bab 11: Penjenamaan Diri                                                                 
Bab 12: Hartanah Maya vs Media Sosial                                          
Bab 13: Simbol Palsu Kejayaan                                                        
Bab 14: Tahu Apa Yang Dimahu                                                      
Bab 15: Orang Berjaya Mencari Peluang, Orang Gagal Mencari Alasan
Bab 16: Bisnes Itu Satu Permainan
Bab 17: Prioriti & Nilai Kehidupan
Bab 18: Perkongsian Dari Usahawan Yang Bekerja & Berniaga               
Penutup

UNTUKTEMPAHAN, BOLEH TERUS MELALUI  SAYA,
eMAIL : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/wtspp : 0177912993













Comments

Popular Posts