Tip Menulis Cerpen dan Novel Dalam Ebook 101 Tip Penulisan Novel

 

Ulasan Ebook 101 Tips Penulisan Novel

Teks :Nur Balqis Qahira
Foto : Mr.Google
Tugasan Kelas : Ulasan Ebook



       Lebih kurang seminggu yang lalu,saya mendaftar untuk belajar di kelas penulisan kreatif yang berlangsung sepenuhnya secara atas talian sahaja tanpa perlu keluar rumah di bawah bimbingan seorang novelis iaitu Puan Monalita Mansor.Syukur alhamdulillah,saya berjaya juga menghabiskan pembacaan dan mencatat nota-nota penting dalam ebook 101 Tips Penulisan Novel.Ebook rujukan lengkap ini perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang mahu  menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif ini.Jujur saya akui,saya sudah lama tidak membaca mana-mana genre penulisan kreatif ini.Ini kerana saya lebih banyak membaca buku-buku perniagaan,pemasaran,kewangan dan motivasi.Kali terakhir saya membaca cerpen dan novel ialah pada penghujung tahun 2008.Jadi,saya agak mengambil masa untuk menerokai dunia penulisan kreatif ini.Saya menemui kembali apa yang dipelajari ketika di sekolah menengah rendah dahulu terutamanya tentang tema,gaya bahasa,plot,persoalan dan segalanya yang berkaitan dengan penulisan kreatif ini.


      Ebook 101 Tips Penulisan Kreatif ini mengandungi 10 bab dan 81 muka surat.Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 25 sebab manuskrip ditolak oleh penerbit yang didedahkan dalam bab 1.Bab 2 pula menerangkan tentang cara memulakan langkah untuk menghasilkan karya.Bab 3 mendedahkan tentang intipati novel iaitu cara menentukan watak,latar,plot,konflik dan juga Resipi K-Pop.Kaedah merangka cerita pula didedahkan dalam bab 4.Teknik penceritaan yang yang perlu digunakan dalam penulisan bagi menjadikan sesebuah karya tersebut menarik untuk dibaca juga dedahkan dalam bab 5.Dalam bab 6 pula menerangkan tentang empat langkah penting yang perlu dilakukan sebelum menghantar karya kepada penerbit.Bab 7 pula membongkar rahsia 25 ciri penulis yang disukai oleh penerbit.Bab 8 mendedahkan tentang hak-hak penulis bagi melindungi karya yang dihasilkan."Jual Sebelum Terbit" yang dibincangkan dalam bab 9 pula menerangkan tentang cabaran sebagai penulis baru,senjata penting dalam pemasaran,penjenamaan diri dan lain-lain.Bab yang terakhir sekali menerangkan tentang 20 Ciri Penulis Best Seller Yang Profilik.

       Selain itu,ada empat ebook yang diberi secara percuma bersama ebook 101 Tips Penulisan Novel ini.Antaranya ialah 7 Kisah Inspirasi Novelis Profilik & Best Seller.Ebook ini mendedahkan bagaimana novelis-novelis terkenal seperti Abdul Latip Talib,Ain Maisarah,Ainin Naufal,Bahruddin Bekri,Damya Hanna,Natasya Effizal dan Noor Suraya bermula sehingga mencapai kejayaan,perkongsian pengalaman dan juga tips-tips dalam bidang penulisan kreatif ini.

      Ebook Sampel Proposal Novel Untuk Penerbit juga diberikan percuma.Ebook ini mendedahkan tentang maklumat lengkap format penulisan sampel proposal yang betul untuk dihantar kepada penerbit.Antaranya ialah Senarai Maklumat Dalam Proposal,Format Penulisan E-mel/Surat dan Sampel E-mel dan Proposal Novel.

      Kesalahan lazim penulis seperti ejaan dan tatabahasa seperti tanda sempang,kata sendi dan lain-lain juga dimuatkan dalam ebook.Menurut pengarang ebook ini(Mazlia Murat),ejaan dan tatabahasa amat penting untuk meningkatkan peluang penerbitan manuskrip yang dihasilkan.

     Selain daripada ebook-ebook tersebut,satu lagi ebook yang diberikan secara percuma ialah ebook Tentang Kasih iaitu sebuah antologi cerpen.Ebook ini mengandungi 7 koleksi cerpen iaitu Tentang Kasih,Lara Hati,30.05.04,Kad Hari Jadi Untuk Hanan,Berhenti Berharap,Cinta Seorang Lelaki dan Ada Apa Dengan Raya.

      Kesimpulannya,ebook 101 Tips Penulisan Novel ini adalah satu rujukan lengkap bagi sesiapa sahaja yang mahu menceburkan diri dan menambahkan ilmu dalam bidang penulisan kreatif ini.Tidak rugi sekiranya anda mendapatkan ebook ini untuk merealisasikan impian anda.Bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan kreatif ini,kalian amat dialu-alukan untuk mendaftar belajar di kelas online penulisan kreatif ini.Selepas pendaftaran,kalian akan dimasukkan dalam "secret group" di laman sosial facebook.Pelajar dan guru online berkomunikasi sepenuhnya secara atas talian.Masa belajar adalah fleksibel iaitu mengikut kelapangan anda sendiri.Tiada had masa yang ditetapkan dan belajar hanya dari rumah sendiri tanpa perlu bersusah-payah datang dari jauh untuk menghadiri kelas ini.Hanya perlu mendaftar masuk ke alam maya dan sudah boleh mula menuntut ilmu.Kelas ini sangat sesuai bagi sesiapa sahaja yang sibuk termasuk suri rumah.Kalian juga boleh mendaftar melalui saya.KLIK SINI.
 
******************************************************************
 
 
 
 
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif.
Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.
Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.
Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab), boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas.
Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan.

Belajar menulis cerpen dalam kelas ini bersama dua novelist terkenal.

Untuk pendaftaran kelas ini, boleh hubungi saya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.om
sms /wtsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts