Kisah Inspirasi WAHM SOHO

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
 
 
Saya kira ebook ini khas untuk bacaan semua suri rumah dan suri bekerjaya untuk motivasi, pemangkin semangat untuk terus menerus tidak gundah gulana, tidak sentiasa merungut, sentiasa bermotivasi dalam menjalankan tugasan samada di rumah atau di pejabat. Baca sedikit petikan ulasan mereka yang telah mendapatkan ebook ini.
 
 
Sumber Bab 1: Ebook Super Wahm Super Mom
(http://iryaniahmad.blogspot.com/2013/09/cabaran-sebagai-wahm-mental-perlu-kuat.html)

Mental dan disiplin perlu seiring. Mental dan hati kena kuat. Disiplin mesti sentiasa ada. Bila berniaga, adalah penting untuk kita faham dan tahu tentang perniagaan kita dan mengambil tahu perkembangan dunia bisnes yang ada di luar sana. Dahulu saya menyangka, sungguhpun ada butik, kemahiran menjahit itu adalah perkara paling asas yang saya perlu ada. Saya sangka hanya tahu menjahit itu sudah cukup, rupa-rupanya untuk lebih berjaya, saya perlu tahu MENJAHIT BAJU. Jadi tanpa segan-silu, saya ambil kelas menjahit yang asas. Paling tidak saya perlu mengenal pola. Selain itu juga, saya perlu kreatif dan tidak terlalu mengikut langkah orang lain melainkan apa langkah yang dia ambil untuk berjaya.

“USAHAWAN”. Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak sendiri tanpa pembantu rumah ataupun pekerja di butik. 

 
Maka, saya kembali seperti dahulu. Bezanya, waktu pagi saya sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan anak ke-3 saya yang akan berumur 3 tahun pada hujung tahun ini. Di antara kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email. 

Sambil tunggu baju di dalam mesin, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar. Begitulah rutin harian saya. Jam 11 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk saya. 

Dimana anak-anak pulang dari sekolah agama, perlu diberi makan, disuruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.Begitu juga yang sulung, balik sek keb dan perlu bersiap ke sek agama. Tergelincir sedikit dari waktu ,jadual harian‟ saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Seawal 2 petang, saya bersiap untuk ke butik pula dengan ditemani anak ke-3 saya. Sampai di butik, kena kemas butik pula sambil melayan anak. 

Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – pack barang-barang untuk di penghantaran pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Dahulu, sayalah pemandu kepada anak-anak. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpun begitu, ada kalanya, saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput anak-anak saya pulang dari sekolah.

Baca lagi dalam ebook super wahm super mom.
 


Tempah terus di sini


Berikut ada bab-bab kandungan dalam buku tersebut.

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Selain penerangan jelas tentang istilah & mitos WAHM, SAHM & SOHO, dalam bab pertama, penulis menyenaraikan pelbagai kelebihan, keistimewaan bekerja dari rumah dan kenapa ianya sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan. Antaranya ialah :
"Boleh merasai ketenangan di kampung dan bercuti pada bila-bila masa. Betapa ramai orang yang sangat sukar mendapat cuti ketika anak sakit. Betapa ramai orang hanya tunggu hujung tahun semata-mata mahu bercuti, sedangkan kita boleh pilih dan ubah cara biasa itu. Lakukan perkara-perkara biasa dengan sentuhan luar biasa. Walau bercuti masih boleh membuat kerja atau rutin harian."

Bab 2: Mengambil keputusan bekerja dari rumah
Tiga wanita berkongsi pengalaman & pandangan melalui situasi yang berlainan berkenaan keputusan untuk bekerja dari rumah.
"Kita lihat beberapa pandangan berikut, iaitu Rubiah Ruslan sedang berfikir-fikir untuk meletak jawatan. Izam Suziani adalah bekas kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai doktor, telah pun meletak jawatan. Manakalah Hanisah Noor mempunyai pengalaman tegar bekerja sendiri tanpa perlu meletak jawatan bermula dari kosong sehingga sukses mampu berdikari mengusahakan bisnes. Soroti tiga pandangan ini dan kalian berada dalam situasi yang mana."

Bab 3: Kisah Inspirasi Wahm, Soho 
Ikuti kisah pengalaman 11 WAHM dari pelbagai latar belakang & pekerjaan. Antaranya,
Norazizah Ruslan (Business & health advisor)
Lyna Noh (Malaysian Mums Biz Network)
Faziatun Nisa (Chocville Online Choc Boutique)
Harlinda Halim (Malaysian Work-At-Home-Mom Community)

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
Bab 5: Tips sukses urus masa
Bab 6: Tips urus tenaga super mama
Bab 7: Tips urus rumah tangga
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat

Seterusnya, dalam bab 4 - 8, penulis menceritakan dengan lebih dalam tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi jika anda mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Berada di rumah, menguruskan keluarga selama 24 jam, 7 hari seminggu, bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika kita turut mengendalikan perniagaan sendiri. Pengurusan masa, tekanan keluarga, masalah kewangan, kekurangan tenaga & stamina adalah antara yang perlu diberi perhatian. Apa yang saya suka, Masayu ada berkongsi pelbagai tips untuk menguruskan sebarang cabaran atau tekanan sepanjang menguruskan rumahtangga & perniagaan di rumah.

Dan apabila tiba masa kita kekurangan motivasi untuk meneruskan tugasan, boleh kita cuba beberapa cadangan dan panduan yang telah disenaraikan oleh penulis. InsyaAllah buku ini boleh menjadi teman terbaik kita.

Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.
 
 

 
Tempah terus di sini

 
Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.
1. Ebook asas blog dan penulisanIni adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.
  • Analisa pengalaman dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
  • Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
  • Teknik mudah menggnakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
  • Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
  • Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.
2. Ebook super wahm super mom
Adalah kesinambungan dari ebook http://www.janawangdirumah.com/
Sangat penting untuk mengetahui setakat mana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"

"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"
Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
  • Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhenti.

  • Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.

  • Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.

  • Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.
 
3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik
 
 
 

Tempah Terus di sini
 
Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50. Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.

Ringkasan Bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ringkasan Bab Asas Blog:

Bab 1: Analisa & Penentuan Blog
Bab 2: Langkah Demi Langkah
Bab 3: Blog Bisnes
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Jenis Entri Penulisan
Bab 6: Penulisan Berpengaruh
Bab 7: Tips Penulisan
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Asas Suntingan
Bonus 1: Teknik Blog Siapkan Ebook

Comments

Popular Posts