Tip Menjadi Orang Berjaya

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Foto : Carian google

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk menjadi orang berjaya. Saya ambil dari Harian Metro, 25 Februari 2014
 
1. Orang berjaya tidak akan membiarkan perkara lepas menguasai perkara hari ini. Mereka tahu kegagalan adalah sebahagian halangan untuk berjaya.  Ramai orang menjadikan kegagalan sebagai satu langkah kejayaan namun bagi orang yang bijak, mereka mahu terus melupakan perkara lepas kerana beranggapan yang lepas biarkan ia berlalu. Mereka hanya melihat perkara hari ini sebagai satu peluang untuk berjaya.
 


2. Orang berjaya tidak fokus terhadap perkara negatif. Mereka tahu bahawa pemikiran mengawal segala tindakan. Oleh itu, mereka memilih untuk hanya fokus perkara positif sahaja. Memikirkan perkara positif membantu memudahkan sesuatu tugasan dan mencapai impian.
 
3. Orang berjaya tidak lari daripada masalah. Semua orang mempunyai masalah, tidak kira samada mengenai pelajaran, pekerjaan, kewangan, kesihatan atau sebagainya. Orang bijak tidak akan sesekali melarikan diri daripada masalah sebaliknya bedepan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
4. Orang berjaya tidak risau mengenai apa yang orang lain fikirkan pasal mereka. Mereka tidak sesekali membenarkan pendapat negatif mempengaruhi kehidupan mereka yang sedang bahagia. Bagi mereka, dunia ini terlalu singkat untuk mendengar perkara tidak baik dan melakukan perkara negatif.
 
5. Orang berjaya tidak suka membazir masa. Mereka sering menghasilkan perkara yang bermanfaat pada masa terluang. Mereka tidak suka membazirkan masa melaksanakan tugasan yang tidak mendatangkan kegunaan pada masa depan. Setiap masa adalah sangat berharga dan beranggapan masa tidak mungkin boleh kembali berputar.
 
 

 
6. Orang berjaya tidak akan meluangkan masa bersama orang yang memberi aura negatif kepadanya. Kebanyakan mereka gemar dilihat lebih rapat bersama golongan bijak pandai.  Mereka lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga, teman dan kenalan yang berkongsi perkara baik dalam hidup. Namun mereka tidak pernah memandang rendah kemampuan orang lain.
(sumber : Harian Metro, 25 Februari 2014)
 
Dah ada ke ciri-ciri seperti ini dalam diri kita, jika belum marilah kita sama-sama berusaha untuk ke arah ini.
 
 
Semoga bermanfaat.
 

Comments

  1. yezza... ada dan sedang menyemai sebaik mungkin mana2 yang belum cukup tumbuh subur..

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. selamat menyemai cik azue, samalah dengan saya kena semai dan jaga btul2 supaya tak terkeluar dari landasan :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. ramai yang dah berjaya dengan dropship. Jom baca entri berkaitan di http://hajarashikin.blogspot.com/2015/01/tips-jadi-dropship-berjaya.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts