Teknik Menjemput Rezeki Melalui Penulisan Blog

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Menulis, bercerita dan diselitkan dengan iklan. Bagaimana caranya?

Sambil menyelam, minum air, inilah contoh perkongsian protege saya
http://qasehgoldbangi.blogspot.com/2014/01/sarung-bantal-anak.html

 

 Di akademi kami berkongsi cara menulis secara santai, namun menjaga tatabahasa dan masih memberikan pendapatan terhadap perkongsian post/artikel yang dibuat. Ia bukan sekadar cerita kosong atau buang masa. Namun ia adalah satu perkongsian yang telus dan mampu menarik minat ramai pembaca. ~Menulis lah dari Hati~

rajin menulis, niatkanlah berkongsi, insyaallah rezeki datang kemudiannya, ini juga salah satu teknik menjemput rezeki, dengan membuat posting di blog, kalian dapat pembaca, dengan adanya pembaca, traffik blog meningkat, bila meningkat, blog mudah dijumpai oleh pelanggan ketika menaip di carian google.
 
(Tips Bisnes daripada Baharuddin Mohamed)
 Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain

Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain.

Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ditiru, Rezeki Allah amat luas. Jika anda berkongsi sebenarnya anda telah sentiasa bercakap dengan diri anda sendiri setiap kali anda menyempaikan. Anda mula dirujuk. Anda boleh menganjurkan seminar atau krusus atau menulis buku atau menulis e-book utuk menyampaikan apa yang anda tahu.

Sedekah bukan sahaja berbentuk harta, sedekah juga boleh berbentuk elmu ianya lebih berkesan kerana "berikan pancing" daripada hanya "memberi ikan".
 
Inilah antara tips yang akan diajar dalam kelas online kami.
 
Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 340 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.
 
2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
 
3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
 
 
4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
 
 
5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
 
 
6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.
 
 
Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
 
 
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-alukan penyertaan untuk kaum adam.
 
 
Bagi kalian yang berminat untuk memulakan bisnes secara online, perlukan tunjuk ajar bagaimana mahu bermula, boleh hubungi saya di:


Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wtsapp : 017-7912993
 
 
 

 

 

 

Comments

Popular Posts