Resipi Kejayaan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Awal tahun 2014, pasti semua masih lagi dalam azam baru. Mahu capai semua matlamat yang sudah dirancang. Jadi apa kata kita tampal matlamat kita di satu sudut yang memang hari-hari kita boleh lihat, baca dan diulang lagi pembacaan setiap hari.

Di sini saya kongsi tip dan resipi kejayaan. Memang sangat sesuai untuk kita amalkan setiap hari.


Apa yang perlu ada ialah:

Daya usaha
Kesabaran
Keimanan
Keinsafan
Pengorbanan
Campuran akhlak mulia
Rasa tanggungjawab
Senyuman secukup rasa



CARA-CARANYA

Pukul semangat hingga ia menjadi kembang dan kental. Usaha, kesabaran digaul sebati. Perlu ada keinsafan sedikit demi sedikit. Campurkan dengan keimanan, rasa tanggungjawab dan akhlak mulia. Perlu ada perasaan ingin tahu dan ingin mencuba.

Adunan ini hendaklah digaul bersama timbang rasa dan tolak ansur. Hiasilah dengan senyuman yang ikhlas. Bakar dengan tenaga yang ada.


Ini pula Terapi rezeki, perkongsian Sifu saya, Pn Masayu Ahmad.

 -berikan secara ikhlas tanpa sempadan
-maksudnya kita sudah bersedia menerima 'rezeki' dari arah tanpa disangka tanpa sempadan juga
-tidak bersedia memberi, kita juga tersekat dalam proses menerima 'rezeki'. Ia tersangkut sana sini walau banyak usaha sudah dilakukan menarik rezeki lebih mudah
-solat awal waktu
-sedekah
-jaga hati dan kebajikan ibu bapa



 



 



Hubungi saya untuk dapatkan pakej kelas online dan mendaftar sebagai rakan niaga akademi

email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms/ wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz

Comments

Popular Posts