Ulasan protege kelas online asas blog mula bisnes - Maleeva Semadi

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Alhamdulillah, syukur tak terkata bagi seorang guru, melihat pelajarnya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Inilah sebenarnya perasaan guru. Kini baru saya sendiri alaminya, setelah bergelar guru online.
 
Hari ini seorang lagi protege saya, sudah selesai menyiapkan tugasan untuk kelas asas blog mula bisnes. Jauh di Bumi Kenyalang bukan penghalang untuk terus belajar dan berikteraksi secara atas talian sahaja. Beliau hanya mengambil masa kurang dari 10 hari sahaja untuk menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan.
 
Kesungguhan, minat dan kesanggupan belajar semuanya datang daripada usaha protege sendiri. Kami di akademi hanya memberi laluan dan tunjuk jalan bagaimana mahu memulakan dan menggunakan blog sebagai salah satu medium memperkenalkan diri pada pembaca, dan sebagai tapak mempromosi bisnes di internet.

Tahniah kepada Adinda Maleeva Semadi. Jemput singgah blog beliau yang berkongsi Panduan Kraftangan (Home Made). Semoga terus success dan berjaya dalam bisnes.


Ulasan Dari Kelas Asas Blogku
Saya suka melayari internet tidak kira laman sosial seperti facebook, youtube dan google dan sesawang lain. Pada 29 November 2013, saya telah melayari laman google bertujuan mencari tip-tip seperti masakan, dunia fashion, sehinggalah saya menemui kelas asas blog. Terdapat beberapa orang tenaga pengajar yang saya temui dan saya meneliti blog mereka. Hasilnya, naluri hati tergerak untuk memilih Puan Anys Idayu Zakaria sebagai cikgu kelas asas blog saya. Tujuan sebenar saya mengikuti kelas ini bagi bertujuan ingin belajar membuat blog dan mengasah bakat terpendam dan juga mengembangkan bisnes yang sedia ada.
Tanpa berfikir panjang, saya terus menghubungi cikgu saya dan telah mengikuti kelas asas blog dan penulisan dan juga kelas asas blog dan fanpage (bisnes). Terdapat empat ebook untuk rujukan saya seperti ebook Asas Blog Penulisan, Bisnes Butik Online Offline, Super WAHM Super Mom dan 101 Idea Home Based Bisnes. Dua kelas yang berlangsung secara online iaitu Kelas Online Asas Blog Penulisan dan Asas Blog Fanpage (Bisnes) tidak memerlukan anda hadir untuk turun ke kelas dan masa yang tidak terhad sungguh menyenangkan diri saya. Tiada tekanan dalam belajar sebaliknya lahirnya jalinan antara kami pelajar dan cikgu yang erat.


Di dalam kelas asas blog dan penulisan saya telah diberi pendedahan cara-cara membuat blog. Bagi situasi saya yang belum ada blog sendiri, saya mendapat ilmu baru, sesuatu yang saya baru belajar pada usia dua puluh lapan tahun ini. Dengan berpandukan ebook Asas Blog dan Penulisan, dan tunjuk ajar Cikgu Anys, hari pertama tanpa menunggu lama saya terus memulakan projek blog saya. Maklum balas yang cepat dari Cikgu Anys, saya dapat menyiapkan blog saya dalam masa seminggu.

Di antara kata kunci membuat asas blog, email dengan menggunakan nama sebenar sangat penting untuk penjenamaan sendiri dan memperkenalkan diri kepada khalak online. Selain itu, pengenalan diri juga penting supaya pembaca mengenal pemilik blog. Terdapat banyak lagi info di dalam ebook Asas Blog Penulisan. Untuk keterangan lanjut, silalah berhubung dengan tenaga pengajar dengan melayari http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/.

Bagi yang ingin memulakan dan mengembangkan bisnes boleh juga membeli ebook Bisnes Butik Online Offline dan 101 Idea Based Bisnes. Tidak rugi membeli jika mahu ilmu yang sedia ada ditambah dengan ilmu yang serba serbi perkasa. Peniaga yang rendah diri lebih disukai pelanggan, dan itulah saya. Berminat membeli minyak wangi, silalah melihat koleksi minyak wangi di fanpage Kedai Perfume saya di https://www.facebook.com/luvPerfume85. Pelbagai produk dan perkhidmatan ditawarkan dan diiklankan juga di http://sohodirectory.blogspot.com/.


Pengalaman mematangkan seseorang dan dijadikan motivasi penguat semangat dalam meneruskan bisnes kecil-kecilan saya. Di dalam ebook Super WAHM Super Mom, sebagai seorang isteri yang bekerjaya dan ibu muda dan anda surirumah di luar sana daripada menghabiskan masa dengan laman sosial, dan perkara lain marilah beli ini ebook Super WAHM Super Mom yang membuka minda kita untuk berjaya walaupun bekerja dari rumah. Yang jahat dijadikan tauladan dan yang baik dijadikan teladan. Mana yang baik kita contohi manakala yang tidak baik sudah terjadi di masa lampau dijadikan pengajaran dan ilmu agama penuh supaya tidak lari dari batas kehidupan. Marilah sama-sama menyertai saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah ini, yang pasti banyak yang akan dikongsikan dan dipelajari di http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/. Tepuk dada tanyalah selera.


Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, betapa saya sendiri mengagumi diri saya dalam masa seminggu sahaja dapat menyiapkan blog saya. Tanpa cikgu siapalah pelajarnya, begitulah saya. Terima kasih Cikgu Anys Idayu Zakaria, http://anysidayu.blogspot.com. Jasamu dikenang.
 
_____________________________________________________________________
 
Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pendaftaran Disember sudah bermula. Kepada yang tertanya-tanya yang mana sesuai untuk disertai, di bawah adalah keterangan yang mungkin membantu:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
 
Boleh hubungi saya untuk yang mahu membina blog bisnes seperti ini. Atau hanya untuk membina blog berkongsi kisah kehidupan, dan dijadikan sebagai travelog kehidupan.
Hubungi saya di email : anysidayuzakaria@gmai.com, atau sms /wtsapp : 017-7912993 untuk sebarang pertanyaan kelas.
 

Comments

Popular Posts