Sorotan 2013

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Penutup Disember 2013, beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2014. Semoga tahun ini akan meninggalkan seribu kenangan pahit manis maung kelat yang tersimpan lekat di hati, untuk terus kita mengorak langkah dan meneruskan perjalanan hidup. Usah terlalu dikenang peristiwa pahit, kelak kita yang merana. Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk kita berjaya di masa hadapan.

selamat datang kepada semua pelajar baru Akademi Bekerja Di Rumah. Ada antara para pelajar kami terdiri dari pelbagai latar belakang kewangan dan pendidikan. Malah ada yang sedang melalui saat getir meneruskan kehidupan. Mengambil peluang menimba ilmu di sini untuk merubah kehidupan ke arah lebih selesa.

Syabas dan tahniah bagi mereka yang mahu bertindak dan berubah!!! saya doakan moga kalian terus berjaya, dan sentiasa dirahmati Allah swt. Insya Allah 


Tahniah kepada semua protege saya yang telah mengambil langkah berani, mempelajari ilmu baru. Semoga semangat ini akan terus kekal sepanjang masa, istiqomah berkongsi dan terus berkongsi semoga ilmu yang kita sampaikan ini akan membawa manfaat kepada semua pembaca.

Berikut senarai protege di bawah bimbingan saya. Jemput singgah di pautan ini, berkenalan dengan mereka :

 Kekanda Asmah,  Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak

 Kekanda Puteri Dhamia  Diari Rozida

 Adinda Nurul Nadia Akhlak Melambangkan Kecantikan Peribadi

Kekanda Aizawaty Ahmad, Aksesori Wanita Sophie Paris 

Saudara Azlizul, Info Kesihatan & Kecantikan

Kekanda Radziah Mansor Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak   

Kekanda Siti Khadijah, Kedai Online Siti Khadijah

Adinda Noorazlina,  Sihat, Cergas Cantik Bersama Shaklee 

Adinda Munirah, Mama sihat Keluarga Bahagia

Kekanda Syarifah Sahiza, Ummu Sumayyah Online Market 

Adinda Siti Shahida, Diari Online Siti Shahida

Kekanda Lylyaffazreen,   Diari Wanita BeKerjaya 

Kekanda Mawar Lina, Seri Mawar De Beauty (Home & Mobile Spa) 

Adinda Umi, Kedai qaseh Gold (Stokis Bangi)

Adinda Nurul Radhiah, Wanita, Ibu & Ilmu Penyusuan

Kekanda Noraini Maulan, Butik Online Noraini

Adinda Siti Noratikah, Mobile Phone Online    

Adinda Nur Sayiddah, Diari Ibu Mithali

Adinda Maleeva, Panduan Kraftangan (Home Made)

Adinda Hasmah, Dekorasi Hiasan Rumah

Adinda Diana Mohamad, Wedding Plannner Dyana Bridal House   

Adinda Nazeerah, Nazeerah Boutique,  

Kekanda Intan, Travelog Seorang Pendidik

Kekanda Sariah, Travelog Kehidupan

Dan beberapa lagi protege yang masih dalam proses membangunkan blog mereka.  Doakan mereka juga berjaya membina blog untuk mempromosikan bisnes serta servis mereka di internet.

Tahniah kepada semua protege kelas sepanjang sesi 2013. Yakin dengan diri sendiri. Jika kita tidak yakin tiada siapa yang mampu merubahnya. Dulu mereka juga teragak-agak untuk menghadiri kelas ini. Masih tidak pasti dengan kebolehan yang mereka ada. Alhamdulillah, setelah menghadiri kelas ini secara online sahaja mereka sudah mula menggunakan blog untuk berkongsi ilmu, produk dan memperkenalkan perkhidmatan dan bisnes mereka kepada seluruh dunia.

Semoga dengan cara ini akan dapat merancakkan lagi perjalanan bisnes mereka untuk tahun 2014 ini. 

Blog tidak semestinya untuk mereka yang ada bisnes, produk atau servis sahaja. Gunakan blog untuk kita berkongsi kepakaran, ilmu dan kemahiran yang kita ada. Setiap antara kita adalah unik. Tidak sama dengan orang lain. Apa yang kita miliki juga berbeza dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Kenapa tidak kita bersedia untuk berkongsi sedikit ilmu, dan pengalaman ini untuk dijadikan panduan kepada yang lain.
 
 Mungkin hari terakhir penutup 2013 ini akan memberi inspirasi baru kepada kalian. Mungkin kalian pula antara mereka yang akan bergelar protege Akademi Bekerja Di Rumah.

Jika ya, dan sudah sedia melangkah dengan azam baru, jom kita mula bertindak sekarang. Hubungi saya Anys Idayu Zakaria selaku salah seorang guru online di akademi. Bagi yang mahu mendaftar kelas online ini, boleh hubungi saya :

email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms / wtsapp : 017-7912993

Sempena Tahun Baru, Bagi mereka yang mendaftar kelas asas blog bisnes akan menerima satu slot percuma kelas asas akaun niaga bisnes WAHM SOHO.

Pendaftaran ini dibuka hanya untuk 10 pendaftaran terawal sahaja.


Comments

Popular Posts