Bagaimana Menjana Income dari Kelas Blog di Akademi Bekerja Di Rumah


Puan, melalui kelas yang puan syorkan saya tadi, bolehkah saya dapt income juga darinya?

Puan H


Jawapan saya: Masayu Ahmad


Terima kasih kerana bertanya, salam perkenalan dari saya. Blog ini salah satu permulaan saya berhenti kerja, saya belakang tabir berkongsi dan menulis. Atas niat untuk mengumpul seberapa banyak yang mungkin info dan perkongsian berkaitan dengan bekerja dari rumah khusus untuk wanita dan surirumah.


Segalanya sudah saya kongsikan dalam buku dan ebook saya. Kalian boleh dapatkan ia,


1. Buku Jana RM Dari Rumah-terbitan Grup Buku Karangkraf, boleh dapatkan terus dari Mall Karangkraf.


2. Ebook www.janawangdirumah.com. Ini juga ebook asas
persediaan bekerja dari rumah. Juga ada temuramah wanita yang bekerja dari rumah.


3. Ebook mula bisnes online/offline - Keterujaan paling ketara para wanita adalah mahu
memulakan bisnes butik. Jadi sudah saya kumpul dan jadikan ebook. Boleh dapatkan
di sini.


4. Ebook mula 101 idea bisnes makanan. Khusus buat tuan /puan yang mahu menceburi bidang/industri makanan.


5. Ebook super wahm super mom. Kisah realiti hakikat dan cabaran bekerja dari rumah, saya temuramah wanita yang sudah lama bekerja di rumah. Wajib baca jika mahu bergelar wahm.


6. Ebook 101 idea home based bisnes- Ini yang terbaru, salah satu yang saya kongsikan ialah bagaimana mahu mula dengan apa yang ada. Baca dahulu persediaan asas ini.





Matlamat Akademi Bekerja Dari Rumah


Sejak bermula sebagai suri bekerja dari rumah, penghujung 2008. Saya adalah wanita yang dahulunya bekerja di luar rumah, kemudian bertukar status bekerja di rumah.

Pada masa tersebut, tidak banyak sumber dan buku sebagai panduan. Sejak dari itu saya memulakan blog saya pertama, masayuahmad.blogspot dan catatan harian di naufalsayang.blogspot. Iaitu catatan awal bekerja dari rumah dan mula berkongsi tentang panduan bekerja dari rumah.

Penulisan adalah fokus utama dan sudah tentu pencarian bahan penulisan sangat berkaitan dengan bisnes dari rumah, bisnes skala kecil juga motivasi wanita. Ini tema utama dalam buku, ebook dan manuskrip yang saya hasilkan.

Dua sumber utama pendapatan adalah pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Segalanya bermula dari blog. Sejak itu juga blog saya selalu disinggah pembaca dari kalangan suri rumah, suri berkerjaya, juga sesiapa sahaja yang mencari peluang bekerja dari rumah.

Mulakan dengan apa yang ada
Saya selalu berkongsi konsep mulakan dengan apa yang ada atau menggunakan modal minima. Mulakan dengan secara sambila sebelum mengambil keputusan bekerja sepenuh masa. Atas usaha inilah saya kumpulkan maklumat, bahan dan juga kisah-kisah dari wanita yang sudah berjaya, wanita bergelar suri rumah, wanita yang sudah pun berstatus usahawan dari rumah.


Akademi Bekerja Dari Rumah


Akademi ini adalah kelas secara online, rentetan saya berterusan menerima soalan, perkongsian dari suri yang mahu bermula dan tidak tahu cara. Pelbagai dilema yang dikongsi. Memandangkan juga kebanyakan adalah mempunyai masa yang terhad dan juga kekangan modal. Jadi dua kelas online diperkenalkan. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan sejak bulan pertama diperkenalkan. Kini lebih 300 blog sudah pun dihasilkan melalui kelas secara online. Penyertaan adalah berdasarkan, analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu belajar di kelas ini.


Ini dari saya pula,

Alhamdulillah, sejak memulakan blog di bawah kelas asas blog fanpage mula bisnes, kini sudah hampir 9 bulan. Pelbagai ilmu saya pelajari di sini, perkongsian kisah rakan-rakan yang telah berjaya juga melalui blog yang saya pelajari inilah saya dapat hasilkan income.

Walau bagaimanapun, bukanlah dengan hanya sekali menulis sahaja terus dapat income. Bakat, kebolehan dan kemahiran berbisnes dan menulis ini perlu diasah terus menerus. Juga secara konsisten, fokus dan komited tanpa jemu. Ia tidak datang bergolek-golek begitu sahaja. Saya kira jika saya sekerat jalan sahaja, tentu saya tidak mampu dan tidak akan mendapat hasil dari kelas blog ini. 

Bagi mereka yang mahu memulakan bisnes hanya dari rumah sahaja, tanpa perlu keluar kalian boleh sertai kami di Akademi Bekerja DI rumah. Kini kami sedang mencari 100 rakan niaga / pengurus online untuk dilatih. Syaratnya kalian hanya perlu sertai kami di kelas asas blog fanpage mula bisnes. Sambil dilatih menjadi rakan niaga akademi, kalian turut berpeluang belajar membina blog. Dari sinilah kalian dapat menjana pendapatan.

Semuanya perlu kesungguhan dan kerajinan. Fokus dan komited dalam melaksanakan. Jika hanya sertai kami, tapi kalian tidak bergerak, juga tidak dapat hasilnya. Apa yang penting adalah usaha yang ada dalam diri masing-masing.

Hubungi saya bagi mereka yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja, jadi rakan niaga akademi :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wtsapp : 017-7912993
add saya di facebook : https://www.facebook.com/anies.aiz 





Comments

Popular Posts