Ulasan Kelas - Protege Saya

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah. Hari ini seorang lagi protege saya selesai dan lengkap menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan dalam kelas online ini. Baca apa kata beliau tentang kelas yang dihadiri ini.
 
 
Salam,

Alhamdulillah, genap sebulan saya belajar kursus asas blog melalui Cikgu Anys, di bantu oleh cikgu-cikgu yang lain, akhirnya siap juga 44 entri walaupun saya terlalu sibuk sebagai seorang ibu yang sekarang menjaga anak yang sakit di hospital, sebagai seorang pekerja yang makin busy kerana berusaha untuk di naikkan pangkat serta menghadiri temuduga, sebagai seorang pelajar yang bergelumang dengan buku-buku,nota-nota bagi menghadiri test,final exam serta tugasan yang memerlukan komitmen sentiasa dan yang lebih penting sebagai seorang suri di dalam hati insan istimewa yang bernama HAMSAN B MOHAMED.
 
Syukur kepadaNya akhirnya saya dapat create blog saya sendiri.Walaupun di dalam blog saya semua ada (bisnes,minat,aktiviti saya dan sebagainya), tetapi saya berbangga kerana saya mampu atasi kesibukan dan memberi sedikit masa untuk berblog.Mungkin di dalam blog saya tidak seperti blog orang lain, tetapi saya amat berpuas hati.Saya boleh bercerita berkenaan bisnes (menjual tudung,blouse,seluar,jubah dan sebagainya - dari adik saya),saya boleh bercerita berkenaan my hero,yang macam-macam ragam dan gaya, saya boleh bercerita berkenaan minat saya, yang di gelar oleh kawan-kawan sebagai "hantu novel", saya juga boleh bercerita berkenaan aktiviti seharian saya setiap hari dan saya juga boleh berkongsi sedikit info atau maklumat berkenaan penyakit yang anak-anak saya alami dan sebagainya.
 
Bagi saya, melalui blog ini saya dapat bercerita, ini kerana kadangkala kita susah untuk berkongsi dengan orang lain segala masalah atau pendapat kita,melalui saluran ketiga kita boleh jadikan ia nyata.
 
Terima kasih Cikgu Anys kerana merealisasikan apa yang saya inginkan.Moga dengan mempelajari sesuatu ilmu ini, saya akan terus meneroka sesuatu yang baru dan dapat berkongsi segala maklumat yang saya ada dan saya juga dapat berkongsi segala aktiviti saya seharian.
Thank You So Much!
 
 
Mari Berblog (sumber : http://lylyaffazreen.blogspot.com/2013/11/mari-berblog.html)
Assalamualaikum,

Sebulan 4 hari saya belajar membuat blog dengan Cikgu Anys Idayu Zakaria (http://anysidayu.blogspot.com/).

Alhamdulillah segala tugasan saya dapat siapkn walaupun asyik bertanya itu ini dengan cikgu, tapi beliau tidak pernah lokek atau give up mengajar saya.Syukur KepadaNya.

Kawan-kawan ramai yang bertanya pada saya,
"ada masa ker ko buat blog nie?""bila masa ko menulis?""bila ko start berblog nie?""dari mana ko belajar buat blog nie?"
Macam-macam soalan lagi yang di tanya kepada saya berkenaan blog ini.Bagi saya satu sahaja,
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jika kita inginkan sesuatu,kita akan cuba untuk merealisasikan, begitu juga saya.Dan sekarang inilah yang terhasil :
http://lylyaffazreen.blogspot.com/ - Diari Wanita Bekerjaya

Memang masa untuk saya menulis, mencoret, menaip dan menyudahkan tugasan yang di berikan sangat limited. Tetapi satu sahaja yang saya tetapkan dalam diri saya, saya mesti habiskan 44 entri atau tugasan yang di berikan oleh cikgu selama sebulan.Akhirnya saya mampu, kerana saya tahu saya telah tetapkan matlamat untuk saya capai.

Saya seorang yang amat-amat sibuk, kadangkala saya tidak dapat menyiapkan sesuatu kerana saya juga ada kelemahan dan kekurangan, tetapi saya tetapkan sesuatu bagi mencapainya. Perkenalan di media sosial (Facebook) dengan seorang insan (Puan Anys Idayu Zakaria - https://www.facebook.com/anies.aiz?ref=ts&fref=ts) telah membuka minda saya bagi berblog.

Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, inilah peluang yang di tunggu-tunggu.Tidak salah kita belajar sesuatu yang baru,walaupun blog ini sudah lama di ketengahkan, ilmu yang kita pelajari ini amat berguna, untuk kita dan mereka di sekeliling.

Sahutlah peluang untuk berkarya, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil nanti satu hari kita akan berjaya dengan working at home, ia dapat membantu side income kita melalui iklan di dalam blog kita. Jika kita seorang suri rumah, inilah peluang kita, jika kita seorang yang bekerjaya juga tidak mustahil kita juga boleh.

Hubungilah mentor-mentor saya yang banyak memberi tunjuk ajar tanpa jemu.Tanpa mereka tidak terhasillah "DIARI WANITA BEKERJAYA Lyly Affazreen"
 
 
Tahniah, Kekanda Lylyaffazreen kerana telah berjaya menyiapkan sebuah blog milik sendiri. Tanpa usaha gigih beliau sendiri pasti sebuah blog ini tidak terhasil. Dengan terhasilnya blog ini dan lengkap tugasan yang diberikan, beliau telah lulus dengan jayanya. Alhamdulillah. Boleh terus melangkah setapak lagi dengan menjadikan blog sebagai salah satu medan pendapatan aktif dan pasif. Saya doakan beliau terus maju jaya.
 
 
______________________________________________________
 
 
Bagi yang mahu mempelajari dunia berblogging, boleh mendaftarkan diri untuk penyertaan November. Dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini secara percuma melalui pendaftaran sesi November



 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online

Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :

Sms/ Whatsapp : 017-7912993


Comments

Popular Posts