Cuti Sekolah Bermula

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Bismillah.

Cuti sekolah telah pun bermula. Lebih kurang sebulan lebih juga anak-anak menghabiskan masa mereka di rumah. Pasti ramai ibu bapa yang sudah merancang aktiviti untuk mereka. Cuti kali ini saya masih belum merancang sebarang percutian. Biasanya pertengahan waktu cuti sekolah baru saya merancang-rancang mahu berjalan-jalan ke mana. Nampaknya kali ini mungkin tidak keluar jauh. Saya sudah bercadang-cadang mahu membawa kakak mandi mandi di Lotus Desaru atau Waterpark di area Skudai. Saya lebih suka membawa anak-anak bermandi manda di kolam seperti itu kerana kakak memang tak gemar mandi laut. Jika mandi kolam pasti ralit sekali sehinggakan tak mahu naik ke atas. Dua tempat ini saya sudah tinjau-tinjau di internet, cuma belum memilih tarikh yang sesuai.
Tambahan saya sudah berjanji dengan kakak mahu bawa berjalan dan mandi-mandi kerana dapat keputusan yang baik.
 
Sekolah agama kakak dapat No 3 daripada 44 orang pelajar. Alhamdulillah. Meningkat pencapaian dari setengah tahun lepas. Sekolah rendah pula, masih kekal di kelas yang sama, cuma keputusan sahaja sekolah tidak maklumkan. Apapun saya tak berapa tekankan sangat kerana masih awal lagi. Saya lihat kakak jika lebih rajin sedikit memang boleh berada di antara 10 teratas. Cumanya suka menyiapkan satu-satu kerja atau tugasan yang diberi cikgu secara tergesa-gesa. Kelam kabut mahu siapkan cepat, tanpa menyemak dahulu. Insya Allah, bila meningkat usia mama pasti kakak sudah pandai menguruskannya.
 
Hari saya bekerja kakak dan adik berada di rumah nenek. Untuk menghilangkan kebosanan kakak, saya bekalkan beberapa buku aktiviti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk latih tubi. Saya berikan satu hari satu muka surat setiap mata pelajaran, supaya tak lekas jemu dan cepat siap. Jika dihabiskan beberapa muka surat setiap hari rasanya pasti tidak siap kerana mama tak pantau. Jadi saya bekalkan latihan seperti ini, bermakna setiap hari hanya 4 muka surat sahaja perlu disiapkn bagi semua mata pelajaran. Waktu malam pula, saya akan menyemak dan mengajar sedikit latihan yang telah disiapkan hari tersebut.  Kemudian, untuk satu minggu saya rancang kakak baca sebuah buku bahasa Inggeris. Saya sudah beli 2 set bahan bacaan dari glorier. Sekurang-kurangnya dengan cara ini masa kakak terisi.
 
Saya sudah merancang dan memaklumkan pada kakak aktiviti ini sejak minggu lepas. Baru semalam bermula. Tapi untuk malam tadi masih berhutang lagi ulangkaji dan bacaan kerana kakak tidur di rumah nenek. Setiap kali cuti sekolah, pasti dalam seminggu kakak akan tidur di rumah nenek. Biasanya hari Isnin dan Selasa. Nenek memang tersangat suka la kalau kakak tidur di sana.
 
Nampaknya malam ni atau malam esok kena gandakan sikit ulangkaji latih tubi yang telah diselesaikan. Mama pun boleh berehat juga bila cuti sekolah. Rehat dari menggosok pakaian sekolah, dan mengemas buku sekolah kakak. Akhir Disember ini pasti sibuk semula kerana perlu membalut buku-buku yang telah dibeli dan buku teks Darjah 2.

Bagi ibu bapa yang sedang merancang program untuk cuti sekolah anak-anak, boleh isi masa terluang mereka dengan menyediakan bahan bacaan yang sesuai seperti ini :


 



 

Untuk tempahan atau belian dua produk ini boleh terus melalui saya di sini
 
wassalam.
 
tinta penulis
 
_____________________________________________________________________________
 
iklan sebentar
 
 
 
Masih berlangsung pengambilan protege untuk kelas online berikut :
1. Kelas online asas membina blog penulisan
2. Kelas online asas membina blog fanpage mula bisnes
3. Kelas online iklan Mudah.my
4. Kelas online penulisan kreatif
 
Pilih mana-mana kelas yang mahu kalian turut serta, daftar sekarang dengan promosi November. Untuk pendaftaran boleh hubungi saya :
 
sms/ wtsapp : 017-7912993
 
 


 
 
Tinggal lebih kurang 11 hari sahaja lagi untuk dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini dengan harga promosi. Hanya RM30 SAHAJA. Dapatkan segera sebelum 30 November.
 
 

 
 
Masih berlangsung Pakej bekerja di rumah dengan modal hanya RM100 SAHAJA. Sudah boleh mula merancang untuk tahun 2014. Bagi yang mahu dan sedang mencari idea untuk mulakan bisnes secara sambilan atau sepenuh masa, dan menjadi WAHM (work at home mom) pakej ini sangat sesuai untuk anda.
 
Hanya RM100 SAHAJA, Promosi sah sehingga 20 November.
Tempah dan dapatkan sekarang di sini
 
 
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di Ruangan Iklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
 

Comments

Popular Posts