Buat Kerja sepenuh Hati

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Bismillah.
 
Kebelakangan ini saya sering juga menerima pertanyaan daripada rakan facebook khususnya yang meluahkan masalah bagaimana mahu memulakan bisnes hanya dari rumah. Malah mereka juga sendiri sudah tiada hati mahu bekerja.
 
Insya Allah saya cuba menjawab pertanyaan mereka sebaiknya melalui pembacaan dan juga pengalaman berbisnes. Pengalaman sebagai WAHM, masih belum lagi kerena saya sendiri masih bekerja. Saya cuba kongsikan pada mereka apa yang saya tahu.
 
Semoga sedikit sebanyak dapat juga meringankan fikiran mereka dan memulakan semula langkah baru.
 
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, kerana saya diberi peluang untuk berada dalam satu pasukan yang saya kira cukup hebat. Satu pasukan yang dari latar belakang berbeza profesional, berbeza pengalaman. Dapat berkongsi pengalaman, juga meluah emosi tak stabil. Kerana rata-rata pasti akan memberi jawapan positif, bukannya menyalahkan atau menjatuhkan antara yang lain.
 
Ya Allah, semoga Kau satukan lah hati-hati kami dan diberi kekuatan untuk terus menerus memberi khidmat dan bakti membantu para suri yang lain.
 
Insya Allah, saya juga sudah melangkah setapak ke fasa kedua. Namun masih berbaki 32 hari lagi sebelum menjelang 2014, yang harus diselesaikan sepenuhnya, supaya fasa seterusnya dapat dilaksanakan dengan baik, dengan izin Allah.
 
 
Bagi yang mempunyai permasalah seperti ini, kita baca sedikit perkongsian mentor saya, Pn. Masayu Ahmad.
 
Buat kerja jangan separuh jalan
Puan, saya mahu berhenti kerja saya sudah tidak ada hati. Saya mahu tinggal di rumah.
 
Saya rasa saya sudah mengalah-saya perlu bekerja semula kerana kewangan meruncing.
Saya mahu jaga anak, tetapi sekarang ekonomi keluarga belum stabil.
Saya sudah mahu berhenti lakukan kerja sambilan ini, saya sudah tidak ada hati lagi.
Saya sudah penat, saya tidak mahu teruskan lagi.

Inilah ayat yang selalu singgah di kota mesej saya. Saya hulurkan salam perkenalan. Semoga puan-puan sekalian ada pilihan dan kita tetap ada pilihan.

1. Jangan berhenti dahulu. Berhenti kerja tak boleh rasa-rasa, buruk nanti bahananya jika belum ada persediaan yang cukup, kewangan, fizikal dan mental. Tangguhkan ia. Namun saya tidak nafikan memang ada terus berhenti kerja, mereka berjaya juga walau berhenti dengan cara terus terjun gaung. Alhamdulillah gaung di bawahnya ada emas. Namun sebelum jumpa emas, adalah juga onak dan durinya. Bagi yang manja-manja waima sikit-sikit mahu sentap, sikit-sikit mahu menangis, jadi jangan berangan dahulu jadi wahm. Kalau sudah rasa sudah jadi hati batu, ok boleh fikirkan semula.
Baca naskah ini dahulu
www.janawangdirumah.com kemudian baru cari saya semula, baca juga catatan saya di sini, ada banyak perkongsian sebelum ambil keputusan berhenti kerja http://naufalsayang.blogspot.com/

Saya suka orang yang hati keras dan degil. Degil dalam usaha dan keras hati dalam keputusan yang sudah dibuat. 

 Pn. Masayu Ahmad.
Pengasas kelas online asas blog penulisan & asas blog fanpage mula bisnes.
Pengasas
#akademibekerjadirumah
 
 
                                         
Dapatkan ebook 101 idea home based bisnes ini secara percuma melalui pendaftaran kelas online promosi November.
Masih berlangsung. Tinggal hari ini sahaja.
 

 
 
Juga masih berlangsung promosi Pakej Bekerja Di Rumah. Hanya RM100 SAHAJA untuk mula merancang perancangan tahun 2014

Promosi ini sah sehingga 20 November 2013

Dapatkan segera untuk penjimatan RM30




 
 
 

Comments

Popular Posts