Thursday, 24 October 2013

Powernya Iklan di Internet!!!

Teks : Anys Idayu Zakaria


Hari ini seharian saya di Bilik Persidangan, menghadiri Kursus Berskala Besar yang dianjurkan oleh pihak Ibu Pejabat. Kursus diadakan secara Video Conference dengan semua wilayah. Topik kursus memang sangat menarik. Personaliti Dan Anda. Baru sekejap tadi selesai menyiapkan Ujian Personaliti. Belum selesai jawapan analisa, bersambung semula selepas rehat nanti. Yang ini saya akan ceritakan di entri akan datang ya.
 
Sebenarnya saya nak berkongsi tentang panggilan telefon yang saya terima kelmarin. Saya terima panggilan orang bertanya untuk menyewa stall burger saya. Puas saya pikir. Rasanya dalam masa terdekat ni saya tak pernah letak di internet, ataupun di blog. Rupanya baru saya teringat, saya pernah letakkan iklan tersebut beberapa tahun sudah. Ketika itu memang saya mencari orang untuk menyewa stall tersebut kerana en suami kesuntukan masa untuk menguruskannya. Seingat saya akhir tahun 2010. Masa tu saya belum ada blog dan facebook. Jadi saya hanya letak iklan di internet sahaja. Tapak iklan percuma, rasanya di majalah.com atau mana-mana forum yang saya sertai. Itulah powernya letak iklan produk atau bisnes di internet. Bertahun pun masih ada orang hubungi lagi.
 
Jadi pada sesiapa yang ada produk atau servis tu boleh la mula cuba-cuba beriklan di internet. Kita pelbagaikan cara promosi jualan. Sekiranya kita hanya guna satu cara promosi, kita hanya ada satu sumber pendapatan. Jika dua cara, kita akan ada dua sumber pendapatan. Begitulah ikut berapa banyak cara yang kita gunakan untuk mempromosi. Jadi banyak jugalah cara kita mendapat hasil jualannya. Sedangkan bisnes dan syarikat besar yang teguh pun buat pelbagai kaedah dan cara promosi untuk tarik pelanggan, inikan pula kita yang baru je nak berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Syarikat besar tu, sudah tentulah mereka memang dikenali. Kita yang baru nak bermula ni pasti belum ada yang mengenali. Jadi memang harus sangatlah kita mempelbagaikan cara promosi untuk menarik pelanggan dan memberitahu kepada mereka tentang produk kita. 
 
Kalau ada yang nak cuba beriklan di internet, boleh juga hubungi saya untuk sewa tapak iklan di Soho Directory. Laman ini khas untuk semua peniaga mengiklankan produk mereka. Pakej pun sangat murah dan mampu milik semua peniaga. Ada 4 pakej bermula dari harga RM50 ke RM300 setahun.  Iklan akan disiarkan di lebih 130 blog yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Bagi peserta kelas asas membina blog fanpage bisnes, berpeluang untuk beriklan secara percuma selama setahun.
 
Jom beriklan di sini Soho Directory. Baca terma iklan di RuanganIklan Online
Beli buku agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku Online
Beli produk sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Sms/ Whatsapp : 017-7912993
Facebook : anies.aiz
 
 
 

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau kelas online asas blog penulisan. Yuran Oktober berlangsung. Dapatkan ebook percuma 101 IDEA HOME BASED BISNES dengan pendaftaran kelas online ini