Wednesday, 16 October 2013

Kenapa Perlu ada Blog Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Google


Ahad lepas ada seorang rakan datang bertemu saya bertanyakan tentang kelas online blog yang saya anjurkan. Datang bertanya tentang fungsi blog dan mahu mengupah saya membina blog bisnes beliau. Pada mulanya saya katakan pada rakan, saya memang boleh ambil upah membuat blog, tapi mengikut pakej yang kami sediakan. Oleh sebab dia rakan sekelas jadi saya cadangkan kepadanya supaya mendaftar masuk kelas online di akademi yang kami anjurkan. Lebih baik daripada mengubah orang untuk membuat blog. Hasilnya kemudian memang cantik dan menarik tapi, dalam masa yang sama mungkin blog tersebut akan terbiar begitu sahaja kerana tidak dikemaskini. Katanya dia sendiri masih tidak tahu apa fungsi blog tersebut kepada bisnes yang akan dijalankan. Melalui pertanyaan beliau, saya cuba terangkan sedikit di sini apa sebenarnya fungsi blog kepada bisnes yang kita jalankan secara online ini.
 
Blog ialah satu mediaum penyampaian informasi yang menggunakan jaringan internet. Dengan blog juga kita boleh mengemaskini cerita, perkongsian dan meletakkan link-link ke website lain.  Pembuat blog atau mereka yang mempunyai blog dikenali sebagai blogger. Blogger mudah dikenali melalui topik yang disukai dan yang ditulis dalam blog mereka. Satu masa dulu blog lebih bersifat peribadi dan ia juga boleh dijadikan diari online. Yang membezakan blog dengan diari biasa adalah kerana blog dapat dibaca oleh orang lain. Kini blog sudah digunakan untuk pelbagai kegunaan. Beberapa perusahaan besar seperti Microsoft dan IBM telah menggunakan blog untuk kepentingan bisnes mereka, dan blog juga tidak kalah seperti website.  
 
Blog boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :
 
1. Media searah  - Hanya memaparkan kisah pengalaman hidup penulis, cerita tentang kehidupan peribadi yang ditulis untuk suka-suka. Seperti diari perjalanan hidup. Dan menutup ruangan komen bagi pembaca.
 
2. Media dua arah - Sama seperti fungsi pertama, tapi ia memberi ruang kepada pembaca untuk memberi komen dan mengenali penulis secara lebih dekat.
 
3. Media berbagai tujuan - Antaranya untuk sebaran maklumat seperti berkongsi ilmu, kepakaran, kemahiran, pengalaman, pendidikan, promosi, pengiklanan.
 
4. Ada juga yang menggunakan blog sebagai media yang salah untuk menulis benda yang terlarang.
 
Pada pendapat saya, sekiranya kita menjalankan bisnes online kita MESTI dan WAJIB ada blog. Kenapa saya kata begitu. Kerana bisnes online ini majoriti pembeli yang datang membeli dengan kita adalah dari mereka yang kita tidak kenali. Dari mana mereka semua ini mengetahui tentang bisnes kita. Untuk permulaan mungkin daripada sahabat handai. Perbualan mulut ke mulut pembeli yang sudah pernah membeli dengan kita. Mungkin juga sekirannya kita meletakkan promosi di facebook, mereka melihat produk kita di situ. Jadi kita boleh katakan di sini, tidak mustahil pembeli kita boleh datang dari pelbagai tempat, mungkin nun jauh di Sabah / Sarawak, mungkin juga di Brunei atau luar negara. Pengalaman saya sendiri, pernah menerima pelanggan dari Sabah dan Sarawak. Mereka menjejak produk yang ingin dibeli melalui carian google dan blog.
 
 

 
Kenapa perlu belajar membina blog? Blog sangat penting dan bagus sebagai medium pemasaran produk, terutamanya yang mempunyai bisnes online. Malah bagi mereka yang tahu tentang kepentingan pemasaran secara online, mereka yang ada bisnes offline juga turut membina blog untuk memperkenalkan produk mereka di internet.  Blog yang berpengaruh dan ramai pelawat pasti akan tersenarai di carian engine seperti google dan yahoo. Tujuannya adalah untuk mendapat traffik dan pelawat tinggi  berkunjung ke blog. Secara tak langsung pembaca akan mengenali produk yang kita jual. Dan secara tak langsung juga kita dapat menukar pembaca kepada pembeli.
 
Blog sebenarnya sangat penting untuk kita bercerita tentang kehebatan dan kebaikan produk yang kita jual. Sebagai contoh, jika kita menjual produk insurans kita boleh menulis tentang kebaikan dan kelebihan pemilik insuran, apa yang mereka akan perolehi sekiranya ada insuran, apa yang merugikan mereka jika tiada insuran. Dan dalam masa yang sama kita selitkan promosi produk insurans yang kita jual.  Jika mereka mahu membeli sudah pasti mereka tidak perlu cari di internet. Pergi sahaja ke mana-mana agen insurans yang ada di sekitar kawasan mereka. Pembaca sebenarnya lebih suka mengetahui kebaikan dan kelebihna produk terlebih dahulu sebelum mula bercadang untuk membeli produk tersebut. Kerena mereka tahu dengan carian di internet, mereka akan dapat informasi lebih cepat dan pantas. Jadi di sinilah pentingnya blog. Semakin kerap dan banyak perkongsian kita tentang maklumat tersebut, semakin mudah blog kita berada di carian internet. Semakin ramai yang mengetahui produk yang kita ada.
 
10 ciri blog berpengaruh :
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
3. Entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
 Kami menawarkan dua kelas online di bawah :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes
 
Dapatkan EBOOK PERCUMA Untuk Pendaftaran Oktober
Ebook 101 Idea Home-based Bisnes akan diberi percuma kepada yang mendaftar bermula 13 Oktober 2013.  Usah tunggu lagi kerana bermula 30 november 2013, ebook itu akan dijual pada harga RM30.
HUBUNG SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN BELAJAR MEMBINA BLOG