Sunday, 6 October 2013

Blog selalu dikunjungi pelawat

Teks : Anys Idayu Zakaria


Jika mahu sentiasa aliran traffik tinggi di blog, kita perlulah rajin menulis. Rajin mengemaskini entri baru setiap hari. Jika kesibukan, kita boleh menulis dua atau tiga entri dalam satu masa, kita jadualkan entri tersebut. Seperti saya sendiri. Saya biasanya bila tiba hujung minggu pasti tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog kerana sibuk dengan kerja di rumah dan menghadiri kelas. Jadi saya ambil langkah alternatif. Saya akan tulis dua entri dan jadualkan entri tersebut untuk tarikh hujung minggu, sabtu dan ahad. Jadi bila pelawat berkunjung, mereka dapat membaca entri baru. Senangkan :)
 
Pasti pula ada bertanya macam mana jika tiada idea. Itulah penting mengikuti kelas asas membina blog ini. Kerana kami akan ajar teknik penulisan yang betul dan juga kami akan memberi tugasan 44 entri pertama yang mesti dan wajib ditulis oleh semua pelajar. 44 entri pertama ini melatih kita menulis setiap hari. Jika sesuatu perkara yang kita buat sehingga 44 hari secara berterusan dan konsisten, ia akan menjadi suatu yang biasa. Selepas itu kita sudah terbiasa. Jika tidak melakukannya kita pula rasa seperti tidak lengkap tugasan hari tersebut.

Jika malas mengemas kini blog, biarkan blog bersawang. Pasti pengunjung datang kecewa. Kerana tiada entri baru yang mereka boleh baca. Hanyalah entri yang sediada. Lama-lama mereka pun sudah tidak mahu berkunjung ke blog kita lagi. Seperti rumah peninggalan yang kosong. Takkan kita mahu berziarah ke rumah kosongkan. Sudah pasti tidak.


Mengapa perlu siapkan 44 entri pertama?
44 entri pertama sangat penting untuk latihan menulis setiap hari. Pelajar digalakkan/wajib mempunyai catatan nota harian. Ini latihan asas mengumpul idea. Idea yang paling mudah adalah catatan harian, kemudian tulis semula dalam blog.

Dua label penting dalam blog adalah catatan harian dan catatan englaman. Inilah uniknya perkongsian kita berbanding orang lain. Pengalaman dan rutin kita tidak sama untuk setiap orang, jadi blog kita akan lebih menarik dengan perkongsian ini. Itulah bezanya blog kita dengan blog orang lain. Rutin kita dan pengalaman kita mungkin biasa bagi kita, tetapi luar biasa bagi yang membacanya.

Bolehkah menulis lima atau 10 entri serentak sehari?
Ya, boleh ini mempercepatkan usaha untuk ke fasa seterusnya.

Mengapa perlu analisa?
Tiga soalan dari lapan soalan penting adalah, pendidikan, pengalaman, minat dan kemahiran. Ini salah satu momentum dan isi gali utama menjadikan blog kita ada matlamat pengisian. Setiap orang tidak sama untuk jawapan analisa, itulah sebab selepas khatam ebook asas blog, pelajar akan mula dibimbing berdasarkan jawapan analisa untuk tugasan sterusnya.

Ada ke pelajar putus asa, cepat atau lambat?
Ya, ada. Ini dilihat berdasarkan apa matlamat mahu sertai kelas ini. Ia flekibel, ada pelajar dalam beberapa minggu sahaja cepat selesai, sebulan dua bulan. Ini berdasarkan fokus dan matlamat pelajar itu sendiri.
Pelajar sentiasa diberi peluang untuk bermula semula, dan mengambil semangat pelajar yang laju.

Apa yang sudah diperolehi pelajar terdahulu?
Dua pelajar sudah menyelesaikan ebook dengan menggunakan teknik blog ini. Dua peljar sudah mempunyai ruangan sendiri di majalah, dijemput sebagai penulis bebas. 7 pelajar sudah naik taraf guru online menjana pendapatan aktif dan pasif. 4 pelaja lagi sedang dilatih sebagai pembantu kelas. Ramai lagi yang sedang berusaha untuk saringan seterusnya. Lebih 100 blog bergabung di akademi bekerja di rumah, menjana aliran trafik untuk ruang iklan sohodirectory. Kini pendaftaran aktif, menerima setiap hari pendaftaran, dan setiap hari blog baru. Alhamdulillah.

Mahu bersama kami: Pilih dua kelas di bawah

1. Kelas asas blog dan penulisan.

2. Kelas asas blog dan fanpage (untuk mula bisnes)

Analisan dahulu sebelum masuk kelas, hubungi saya untuk pendaftaran.