Monday, 14 October 2013

Bekerja Sendiri

Teks : Anys Idayu Zakaria

Ahad kelmarin dalam kelas Pembangunan Kerjaya, pensyarah saya asyik bercerita tentang self employment memang kebetulan ada perkataan ni dalm nota.). Beliau sangat menekanan bisnes sendiri dan ada perniagaan sendiri. Rupanya beliau pun memang memiliki bisnes sendiri selain menjadi pensyarah UTM.

Apa yang beliau tekankan ialah bisnes internet yang sangat popular kini. beliau bertanya kepada kami siapa yang ada menjalankan bisnes online. Apa lagi saya pun mengaku la. Hihihi. Dalam kelas yang seramai lebih kurang 30 lebih hanya saya seorang yang menjalankan bisnes online. Ada juga beberapa orang lagu juga bekerja sendiri tapi mempunyai kedai fizikal.

Menurut beliau, zaman sekarang nilai duit sangatlh kecil. Jadi pilihan yang tepat ialah bekerja sendiri atau mempunyai perniagaan. Sedangkan mereka yang berjawatan besar seperti pensyarah, doktor, cikgu, engineer merasa perit untuk menampung kehidupan dengan nilai wang sekarang inikan pula kita yang kerja biasa-biasa sahaja (ini menurut pensyarah saya).

Zaman kini lebih kurang 60-70 peratus celik IT. Orang lebih suka menumpukan perhatian kepada internet berbanding perkara lain. Katanya pasaran bisnes online yang paling bagus dan berkesan ialah perempuan. Kerana ramai perempuan yang suka shopping online. Beliau juga memberi contoh seorang kenalannya hanya bisnes online sahaja sudah mampu untuk survive keluarga. Dengan syarat melakukan cara yang betul.

Dr. Koharuddin turut menekankan sangatlah rugi bagi mereka yang tidak merebut peluang bisnes online ini. Daripada duduk mengadap facebook atau internet tanpa sebarang aktiviti baiklah buat bisnes. Duduk depan komputer kemaskini dan promosikan barang jualan. Bisnes internet sangat menguntungkan kerana ia berjalan 24 jam tanpa henti. Walau kita sedang tidur, orang lain mungkin sedang melayari dan membuat pesanan barangan kita. Katanya lagi fikir-fikirlah bagi mereka yang belum mlibatkan diri dalam bisnes online ini. Rebut peluang yang ada.

Nasihatnya kepada kami berbisnes tak boleh sombong, jika kita sombong mudah sahaja rezeki ditarik semula. Infak dan sedekahkan pendapatan yang diperolehi. Simpati dan sayang kepada mereka yang lebih memerlukan.

**************************
Bagi yang sedang mencari arah panduan untuk mulakn bisnes online dapatkan bahan bacaan ini.

Pakej mula bekerja di rumah. Hubungi saya untuk pakej ini.