Semuanya online

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah, pagi indah, cuaca pun cerah. Hujan lebat malam tadi turun membasahi bumi. Pagi ni pun pergi kerja hujan masih renyai-renyai. Beberapa tugasan menanti. Mahu menyemak tugasan protege hari ini. Insya Allah, bakal mendaftar lagi seorang protege baru.
 
Ramai sebenarnya yang mahu bermula, tapi masih tidak tahu caranya bagaimana. Seperti dalam catatan Pengasas Akademi, Pn. Masayu Ahmad, yang saya baca sebentar tadi menurut beliau bermulalah secara sambilan dahulu sebelum terus berhenti kerja. Kenalpasti minat, kemahiran dan kepakaran berdasarkan pendidikan, pengalaman terdahulu.
Sertai seminar, kursus, cari mentor dalam bidang yang ingin diceburi. Ini memudahkan untuk kalian membuat perancangan lebih awal. Berhenti ketika wang simpanan sudah ada, juga pendapatan yang stabil dari sumber kewangan pendapatan sambilan adalah lebih selamat berbanding terus berhenti dan baru bermula.
 
Mulakan dengan modal minima. Apakah modal minima? Modal minima pada saya memulakan dengan apa yang ada di tangan. Saya bermula dengan komputer hadiah dari suami sebagai sokongan dan kemudian internet. Bermula dari situ saya menjejaki kelas-kelas percuma penulisan dan kelas berbayar. Salah satu paling awal seminar ebook iaitu berjumlah RM200. Dari seminar itu Alhamdulillah, sudah menghasilkan lebih 10 ebook, dan pada tahun 2013 ia lebih agresif. Inilah seperti yang ditulis oleh beliau.
 
Saya percaya, sekarang sudah ramai yang ada komputer, laptop atau paling canggih ada gadget yang membolehkan untuk akses internet. Bukankah itu sudah dikira modal minima. Apa yang ditunggu lagi. Jika hari-hari duduk mengadap facebook, baca status orang sana sini. Tengok orang berbisnes, rasa nak buat, tapi tindakan tak diambil-ambil. Memang sampai kesudah kita duduk sajalah di takuk lama. Orang berjaya, kita masih terkial-kial.
 
Ambillah langkah awal dengan mencari mentor, hadirkan diri ke mana-mana seminar. Jika tidak berkesempatan, hadir saja secara online. Seperti yang saya selalu war-warkan. Kami memang sedang membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu bermula. Apalah salahnya laburkan sedikit wang untuk menghadiri kelas ini, kemudian usaha dan buat sungguh-sungguh untuk dapat semula modal yang telah dikeluarkan.
 
Apa yang penting janganlah buat separuh jalan. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Sekejap sahaja bersemangat. Kemudian lepas beberapa hari senyap terus. Sebenarnya untuk dapat dan sunting motivasi hebat, kita perlulah berada dalam kelompok hebat juga. Belajar daripada mentor dan cari guru yang mahir. Jika duduk sorang-sorang, jarang sekali nak dapat motivasi hebat. Paling tidak pun kalau inisiatif sendiri yang baca buku motivasi, dengar ceramah motivasi. Itupun kalau buat. Kalau tidak, pastilah jatuh tersungkur. Masih teraba-raba lagi.
 
Ambillah peluang yang ada ini. Mungkin peluang yang datang ini, cuma singgah sekali sahaja depan mata kita. Jika tidak direbut, pasti terlepas. Paling tidak memang langsung tidak bergerak. Cabarlah diri sendiri. Daftar online sahaja, kelas pun online juga. Semuanya online, tak perlu bersiap-siap keluar rumah untuk hadir kelas ini. Jom bertindak!!!!
 
Jika sudah bersedia untuk bertindak, daftar hari ini untuk dapatkan harga promosi September dan ebook percuma. Untuk Makluman yuran terpaksa dinaikkan bulan demi bulan kerana saya bergerak bersama Akademi ''maya'' Bekerja Dari Rumah. Kami bergerak bersama. Jadi bila permintaan semakin meningkat, yuran semakin meningkat. Daftar sekarang kerana ada percuma 3 ebook yang berharga RM125, dan yuran juga pada harga promosi, dan mungkin juga selepas ini yuran akan kembali seperti biasa atau semakin naik dan TAK ADA EBOOK PERCUMA lagi.
 
Mahu daftar, hubungi saya :
 
sms / watsapp : 017-7912993

Comments

Popular Posts