Kenapa Bisnes Dropship

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle


Saya pasti dan saya percaya ramai sebenarnya yang mahu menambah pendapatan sampingan. Tak kira melakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Tapi mungkin juga ramai yang masih berkira-kira mahu bertindak kerana memikirkan modal yang diperlukan untuk bermula. Macam juga saya dulu. Gaji sediada tidak mencukupi. Tekad mahu berbisnes untuk menambah pendapatan. Saya mula mencari peluang-peluang bisnes yang ada. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya saya tidaklah punyai modal untuk bergerak. Jadi apa yang saya lakukan, saya cuba cari di internet. Bisnes apa yang tidak memerlukan modal. Mungkin kalau perlukan modal tidaklah sehingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit.
 
Dalam pencarian itu, saya terjumpa tentang bisnes dropship. Saya gali dan baca lebih lanjut tentang dropship ini. Dan dengan yakin saya percaya bisnes dropshiplah yang tidak terlalu memerlukan modal yang tinggi. Dan jika kita cari lagi di internet, sebenarnya ramai para peniaga yang menawarkan agen dropship tanpa modal dan modal yang sangat rendah.
 
Saya bersyukur dengan adanya cara bisnes dropship ini sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang lain yang benar-benar mahu memulakan bisnes tanpa modal. Dan saya kira jika ada sedikit modal yang diperlukan sangat-sangatlah berpatutan. Supaya mereka lebih rajin dan lebih menghargai nilai wang yang dikeluarkan. Pasti berusaha bersungguh-sungguh mahu pulang modal. :P Setelah menjadi agen dropship, kita perlulah rajin berusaha. Rajin mempromosi. Jangan hanya duduk diam. Orang memang takkan tahu jika kita tidak buka mulut dan bercerita. Apa yang penting rajin buat barulah dapat hasil.
 
 
 
 
Bagi yang benar-benar berminat untuk memulakan bisnes tanpa modal yang tinggi, saya cadangkan mulalah dengan dropship. Promosi dahulu produk orang lain. Tidak mengapa. Bila sudah pandai, sudah mahir, nak buat produk sendiri teruskanlah usaha itu.
 
Kenapa saya cadangkan bisnes dropship ini. Sebenarnya cara ini sangat mudah sebab kita tak perlu simpan stok, tak perlu bungkus stok dan hantar kepada pelanggan. Kita hanya prmosi dan ambil tempahan daripada pelanggan sahaja. Kemudian bila ada tempahan, kita hanya perlu membuat bayaran kepada pembekal, mereka yang akan uruskan penghantaran kepada pelanggan. Saya memang sangat suka bisnes dropship kerana saya juga sebenarnya masih bekerja, jadi masa agak terbatas untuk menguruskan stok dan membuat penghantaran kepada pelanggan. Dan kebanyakkan produk yang saya jual semuanya melalui dropship.
 
Di Soho Directori, ruang pengiklanan yang kami tawarkan di situ saya lihat ramai usahawan yang menawarkan dropship dan sedang mencari agen untuk memasarkan produk mereka. Malah dengan menyertai kelas asas blog bawah kelolaan saya sendiri, ada beberapa produk dropship yang kami tawarkan.
 
Jika ada yang mahu menjalankan bisnes dropship ini, bolehlah berhubung dengan saya. Sertai kelas asas blog di bawah kelolaan saya. Saya akan ajar cara untuk bermula. :D
 
 

Comments

  1. Ada menggunakan modal tak ? Saya kena cari pelanggan sendiri atau dia iklankan ?

    ReplyDelete
  2. Ada menggunakan modal tak ? Saya kena cari pelanggan sendiri atau dia iklankan ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts