Idea untuk tingkatkan jualan

Teks : Anys Idayu Zakaria

Jika bisnes kurang mendapat sambutan cuba praktikkan 4 idea unik ini dalam pemasaran produk

i) Tawarkn sesuatu dengan PERCUMA
Cuba berikan satu tawaran secara PERCUMA. Contohnya jika kita menjual produk makanan, apa kata kita berikan percuma ebook resipi memasak yang menggunakan produk tersebut. Bagu pelanggan baru, mungkin mereka belum pernah mencuba produk tersebut, jadi jika kita berikan resipi percuma pasti mereka teruja mhu mencubanya.

ii) Sertai forum online
Tidak kira produk jnis apa yang kita jual, kumpul seberapa ramai rakan atau sertai mana-mana forum atau komuniti sekarang di internet telah banyak forum atau komuniti yang telah ditubuhkan. Kita boleh turut serta untuk mencsri target pelanggan. Sertai dan jadikan mereka rakan. Berkongsi segala macam info dan kebaikan serta faedah-faedah tentang produk, supaya mereka kelak akan bertukar menjadi pelanggan kita. Kita juga hendaklah rajin memberi komen atau pendapat dalam forum yang disertai. Satu cara lagi, kita boleh meletakkan link kedai blog atau pengenalan diri di bawah komen atau perbincangan. Ini juga sebagai salah satu cara untuk kita melakukan promosi secara tidak lagsung.

iii) Menderma
Boleh juga kita tubuhkan satu tabung khas untuk membantu badan atau persatuan yang memerlukan. Kita boleh membuat jualan amal atau mnjual produk dan sedikit hasil belian pelanggan kita nyatakan untuk didermakan pada persatuan yang memerlukan. Contohnya jika kita menjual produk kesihatan, nyatakan dengan belian mereka sebanyak RM2 akan didermakan untuk tabung anak yatim.

iv) Berikan diskaun atau promosi perayaan
Kita juga boleh berikn diskauan kepada para pembeli. Contohnya memberikan diskaun kepada 10 pembeli pertama, atau jualan murah dalam tempoh yang dinyatakan. Atau ketika sedang berlangsung satu-satu peristiwa. Seperti "harga promosi sempena menymbut Ramadhan". Kebanyakan mereka pasti tertarik jika kita tawarkan diskaun seperti ini. Atau cara lain, harga lebih jimat jika membeli lebih daripada satu produk. Pasti mereka mahu mendapatkn segera kerana tidak mahu terlepas peluang harga rendah berbnding dengan harga biasa.

Cuba kita praktikkan,mana tau salah satu cara ini berkesan untuk tingkatkan hasil jualan.

Bagi yang sedang survey bahn bacaan untuk mula bekerja dari rumah, boleh dapatkan pakej wahm soho mula bekerja dari rumah bisnes makanan.

Belian boleh dibuat melalui:
Email : aniesaizmall@gmail.com
Sms/wtsapp : 017-7912993
Tempahan melalui borang ini

Comments

Popular Posts