Cabaran Mendidik Anak-anak di rumah

Teks : Anys Idayu Zakaria

Zaman sekarang memang banyak cabaran terutamanya dalam membesarkan anak-anak. Malah ada ibu-ibu yang berpendidikan tinggi serta bekerjaya sanggup berhenti kerja kerana mahu melihat anak-anak membesar depan mata. Tak mahu terlepas peluang untuk melihat setiap detik perkembangan si manja. Subhanallah saya pun jika diberi peluang seperti ini, turut mahu merasainya. Tapi buat masa sekarang, keadaan kewangan masih tidak mengizinkan. 3 bulan lepas, lepas bercuti lama berpantang, nak naik kerja semula terasa sayu di hati. Ralat sungguh rasa takut terlepas peluang untuk melihat perkembangan Raisha. Alhamdulillah, saya niatkan dalam hati saya bekerja untuk membantu suami dan untuk anak-anak. pertama kali Raisha pandai meniarap depan mata saya sendiri. Sekarang sudah pandai mengundur ke belakang.  Harapnya juga pertama kali pandai duduk dan berdiri kelak turut depan mata saya.

Teks : Masayu Ahmad
Normi seorang ibu bekerja di rumah berkongsi dengan saya..
"Cabaran yang sukar adalah apabila anak asyik berkepit dengan kita. Berilah mereka apa sahaja mainan, aktiviti, masih juga mahu duduk bersama kita. Jika mengadap komputer, mereka juga mahu sama menulis blog."

Ok, kita kembali semula apa tujuan asal untuk kita kembali berada di rumah. Sudah tentu imbangan keluarga dan kerjaya. Anak-anak adalah antara kriteria pertama yang kita jadikan alasan. Untuk mengurus mereka. Tidak lagi perlu hantar ke pengasuh atau di bawah tanggungjawab pembantu rumah.

Penyelesaiannya adalah bekerja di rumah. Cabarannya bagaimana pula untuk menangani dan
mengurus anak-anak, baca lagi perkongsian selanjutnya dalam ebook super wahm super mom ;)

Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah

Promosi Ramadhan Syawal
Harga RM125
Free buku Mudahnya Menjemput Rezeki

bonus 1: dropship produk sunnah
bonus 2: dropship produk buku


Comments

Popular Posts