Bersahur

Teks : Anys Idayu Zakaria


Alhamdulillah, sudah masuk 17 Ramadhan rupanya hari ini. Kebiasannya menu bersahur kami sekeluarga hanya hangat lauk berbuka petang semalam. Jarang sekali masak di waktu sahur. Kadang kala ada juga goreng ayam untuk kakak. Selebihnya kami makan lauk waktu berbuka. Bersahur memang tak banyak makan. Tapi untuk kakak kami paksa juga makan nasi walau sedikit. Risau perut kosong pula.
 
Dulu-dulu ketika masih kecil, sewaktu berpuasa bersama keluarga, saya tak pernah makan nasi setiap kali bersahur. Selalunya bila tiba Ramadhan abahlah yang sibuk menyediakan makanan sahur kami. Biasanya kami hanya bersahur dengan kentang, nugget, atau daging burger goreng makan bersama roti. Kadang kala nestum dan telur rebus separuh masak juga jadi santapan kami adik beradik.  Pernah juga makan roti bersama telur goreng atau dikenali dengan "telur mata lembu". Kami memang tak makan nasi bila bersahur. Tapi Ma seorang sajalah yang makan nasi. Rindu pula masa silam. Jadi bila sudah berkahwin, en suami memang paksa saya makan bila bersahur, awal-awal dulu memang payah juga nak makan. Saya hanya tengok dan temankan saja. Sekarang sudah boleh terima. Jadi sudah boleh bersahur bersama nasi.
 
Pagi ini ketika bersahur, si kecil Raisha juga turut bangun. Mungkin malam tadi tidur awal dan tak jaga-jaga, jadi pagi ni bangun awal. Sibuk juga nak makan. Pagi-pagi lagi en suami sudah sumbatkan biskut. Hai mulutnya memang nganga saja. Lucu juga tengok telatah si kecil ni. Bila sudah pandai makan, semua yang kami makan dia nak sama. Kalau tak diberikan pasti mula tunjuk aksi nak menangis.



**********************************************************************************

 
Pendaftaran untuk belajar kelas asas blog fanpage khas untuk mula bisnes, masih lagi dibuka. Pendaftaran 10 terawal sempena Ramadhan Syawal ini akan menerima percuma ebook super wahm super mom dan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Jika ada yang berminat untuk mengikut kelas ini secara online sepenuhnya, personal coaching akan diberikan sepanjang sesi kelas, boleh hubungi saya :

email : aniesaizmall@gmail.com
sms @watsapp : 017-7912993


Comments

Popular Posts